berita

Sedap & Berbaloi! #Barangbaikbarangkita Jom Beli Barangan Tempatan Untuk Jana Pendapatan Orang Kita

December 11th, 2020 | by Intan Mahsuri
Sponsored Post

Menghadapi pandemik Covid-19 bukanlah cabaran yang mudah terutamanya bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Ramai orang kita yang terjejas. Ada yang diberi cuti, dipotong gaji malahan ramai yang dibuang kerja.

Hal ini disebabkan banyak syarikat yang gulung tikar kerana mengalami kerugian berterusan. Namun, dengan menyokong produk keluaran tempatan #Barangbaikbarangkita, sebenarnya korang boleh bantu peniaga-peniaga kecil kita untuk terus survive dan dalam masa yang sama menjana perolehan pendapatan negara.

Support citarasa tempatan, beli makanan orang kita!

Bukan mudah untuk mengekalkan momentum jualan setiap hari mahupun bulanan pada waktu ini. Banyak PKS yang berusaha keras mempromosikan barangan jualan mereka di laman sosial media sebagai salah satu alternatif untuk meraih pendapatan.

Jadi, dekat sini kita nak share beberapa produk makanan keluaran PKS yang setanding produk jenama antarabangsa. Menariknya, produk mereka ini, bukan saja sedap dan ditawarkan pada harga yang berpatutan tetapi ianya kena dengan tekak orang kita.

Ini 10 jenama produk keluaran tempatan yang wajib kita cuba!

Kalau bukan kita yang beli barangan keluaran tempatan, siapa lagi kan? Lagipun, produk makanan orang kita memang sedap-sedap belaka.

So, buat korang yang nak bantu ekonomi orang kita dan dalam masa yang sama nak sokong Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia #Barangbaikbarangkita, korang bolehlah dapatkan produk keluaran peniaga PKS seperti di bawah.

1. Lavasse

Lavasse adalah jenama produk minuman keluaran bumiputera. Bagi korang yang gemarkan minuman coklat, mereka ada dua pilihan produk iaitu:

  • Lavasse Instant Choolate Malted Drink
  • Lavasse 3 in 1 Hot Cuppa Chocolate.

Rugi sangat kalau korang tak cuba. Rasa produk keluaran mereka memang umphhh. Sesuai sangat diminum ketika sarapan pagi mahupun semasa minum petang.

Website: Lavasse

2. Madina

N7plus adalah antara produk mereka yang meletop-letop. Ianya susu tepung yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia diantara 1 hingga 3 tahun dengan menggunakan qismis dan Al-manna.

Produk lain keluaran mereka yang korang boleh cuba antaranya ialah;

  • Chocolate Malt Drink
  • Cappuccino
  • Ice blended (serbuk perisa)

Website: Madina

Facebook: Madina Food Industries

3. MdmZie’s

Buat penggemar garam belacan, MdmZie’s Garam Belacan ni wajib korang cuba. Cukup rasa pedas, manis, masin dan lemak belacan. Sesuai dipadankan dengan buah-buahan tempatan seperti mangga, nanas, jambu batu, jambu air, epal dan banyak lagi.

MdmZie’s Garam Belacan datang dalam dua bentuk iaitu serbuk dan kuah pencicah. Ada beberapa pilihan saiz sesuai dengan keperluan korang.

  • Kuah Pencicah:
    • Garam Belacan Original
    • Garam Belacan Spicy
    • garam Belacan Sour
  • Serbuk Pencicah:
    • Serbuk garam belacan
  • Sambal Bilis Hitam

Instagram: MdmZie’s

Telegram: MdmZie’s

Facebook: MdmZie’s

Shopee: MdmZie’s

4. Aimuni

Berbeza dengan produk-produk di atas, Aimuni menawarkan rangkaian produk berasaskan sos seperti berikut;

  • Sos Chili
  • Sos Durian
  • Sos Perap Pedas Berapi
  • Pes Rendang
  • Pes Sambal Mudah

Sos Perap Pedas Berapi mereka nice sangat. Menyengat.. Sekali korang try mesti nak lagi.  Kalau nak cuba sesuatu yang unik, korang boleh beli Sos Durian.

Website: Mekar Kekal

5. CheQlan

Mesti ramai dalam kalangan korang yang gemar makan daging burung puyuh kan? Dilema utama kebanyakan pemborong dan penggemar daging burung puyuh ialah stok daging yang terhad.

Namun, sekarang semua tu tak menjadi masalah lagi sebab korang boleh dapatkan daging burung puyuh CheQlan. Paling penting, daging burung puyuh yang mereka jual dijamin segar dan 100% halal serta boleh didapati secara dalam talian dan di pasaraya terpilih.

Facebook: CheQlan

6. Nureys

Nureys ialah sebuah syarikat tempatan yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagai seperti air mawar, bihun, laksa, kuah sate, aneka keropok, aneka sambal dan pelbagai jenis pati. Bukan itu saja, mereka juga menyediakan banyak pilihan produk. Yang penting, ianya hasil air tangan orang kita.

Website: Nureys

Facebook: Nureys

7. Samza’s

Bagi penggemar sambal tapi suka makanan ready to eat (RTE), korang wajib try Samza’s RTE sambal. Bukan saja, ada banyak lagi pilihan lain dan semuanya sedap-sedap belaka.

Mereka juga ada pes rendang dan pes masak merah. Nak masak rendang ke, ayam atau ikan masak merah ke, semuanya jadi mudah dengan adanya pes ready to cook (RTC) ni.

Website: Samza’s

Facebook: Samza’s Food Industries

8. Asian Taste

Peminat kek lapis Sarawak sila munculkan diri! Kalau korang suka makan kek lapis Sarawak, Asian Taste adalah antara tempat terbaik korang boleh beli kek lapis. Kek mereka bukan saja moist tapi mampat dan lembut.

Mereka juga ada tawarkan perencah masakan seperti Asam pedas, kari ikan, kuah kacang, kuah laksa Sarawak dan banyak lagi. Harga berbaloi, sesuai dengan kualiti produk. Korang mesti takkan kecewa!

Website: Asian Taste

Facebook: Asian Taste

9. D’Lapezz

Kalau Asian Taste terkenal dengan kek lapis Sarawak (original), D’Lapezz pula terkenal dengan kek lapis aneka rasa. Banyak sangat pilihan kek lapis yang D’Lapezz ada bermula daripada Kek Lapis Rainbow, Kek Lapis Oreo Coklat, Kek Lapis Red Velvet dan pelbagai lagi.

Kek Lapis Roll pun ada antaranya Kek Lapis Roll Nenas, Kek Lapis Roll Belimbing dan Kek Lapis Roll Roselle.

Website: D’Lapezz

Facebook: Shas secret D’light

10. Shweets / Dapur Tok Chah

Shweets adalah syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan coklat antaranya coklat bar dan coklat lolipop.

Istimewanya Shweets, mereka bukan saja tawarkan RTE chocolate tapi korang juga boleh custom coklat yang korang inginkan termasuk bentuk dan packaging coklat tersebut.

So, kalau korang nak tempah goodies untuk event dan sebagainya, Shweets adalah antara pilihan terbaik yang ada dengan harga berpatutan.

Website: Shweets

Facebook: Shweets Chocolates

Kesemua produk di atas adalah hasil keluaran syarikat bumiputera dan halal. Jadi, jangan ada keraguan untuk sokong barangan keluaran orang kita.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kempen #Barangbaikbarangkita #BelanjauntukMalaysia? Korang boleh klik pautan ini >Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)<.

Website: Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

SKIP THIS AD ×