berita

Sedap & Mudah! Ini Resepi Tauhu Berlauk Confirm Ramai Suka!

October 30th, 2019 | by Shafika
MyResipi

Zaman sekarang ramai yang terhimpit dengan tekanan ekonomi yang semakin parah. Tidak hairanlah kalau ada yang terpaksa mencari peluang untuk tambah pendapatan.

Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang wanita kongsi resepi tauhu berlauk frozen buat suri rumah yang ingin mencari pendapatan lebih. Nampak menyelerakan dan sedap! Apa kata korang cuba sendiri, confirm ramai suka!

Bahan-bahannya

Bahan kisar
– Tauhu biasa (4keping)
– Tauhu telur/egg tofu (2batang)
– Telur (2biji)
– Sedikit air (mama selalu sukat tadah air pakai tangan mcm nk amik wudhuk tu, 3kali tangan mama kecik)

Bahan A
– Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
– Bawang merah (hiris)
– Carrot (hiris)
– Daun bawang (hiris)
– Daun sup (hiris)
– Cili besar merah (hiris) *mama xletak sesuai untuk anak kecil nak makan
– Lada hitam (kisar)
– Lada putih (kisar)
– Garlic powder
– Bahan perasa
– Gula (sedikit sahaja)

Bahan celup
– Telur (pecahkan)

Cara-caranya

– Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
– Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecik2 (tengok contoh pada gambar)
– Sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun?
– Dah siap boleh kukus selama 20min
– Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas
– Boleh frozen kan atau terus goreng
– Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna

Resepi sambal kicap power


– Cili padi
– Bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
– Gula
– Kicap manis
(Tumbuk)

Sumber : Lynn Riduan Koo

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×