Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah microsleep iaitu keadaan apabila otak ‘tidur’ buat seketika. Dalam tempoh antara satu sehingga 30 saat, deria penglihatan dan pendengaran tidak boleh diproses otak.
Ini tentu sekali boleh mengundang bahaya sekiranya seseorang sedang mengendalikan jentera atau kenderaan. Seperti kisah yang dikongsi Harris Fitri di Facebook, sebaik tersedar dia menyedari kenderaan sudah melanggar pokok.
Sedar-sedar dah langgar pokok
Microsleep.
Beberapa hari lepas aku baru tengok Mohamad Hafiz Bin Daud post kereta dia terbakar. Semalam aku seharian appointment dari Puchong – Senawang – Masjid Tanah – Melaka Raya. Balik pukul 2 AM dengan mata yang maha barai aku drive nak balik ke hotel.
Aku sedar-sedar je dah langgar pokok. Badan rasa kebas. Tiba-tiba ada brado cina datang ketuk tingkap tanya ok atau tak. Elok je aku buka pintu tiba tiba ada asap keluar berkepul keluar dari depan ‘hood’. Beberapa saat tiba-tiba keluar api. Brado cina ni tarik aku keluar bawa jauh dari kereta.
Menceritakan dengan lebih lanjut, lelaki ini bergerak pulang ke hotel lebih kurang jam 2 pagi setelah seharian sibuk dengan urusan. Dia dipercayai mengalami microsleep apabila kenderaan didapati melanggar sebuah pokok.
Call polis, bomba. Lepas 15 minit bomba datang. Kereta dah rentung. 15 minit je kereta aku dah rentung separuh. Berkecai hati tengok kereta depan mata hancur. Ambulans datang bawa ke Hospital Melaka untuk checkup. Buat ujian alkohol. Buat pemeriksaan penuh. Nasib baik hanya soft tissue injury.
Apa yang penting aku selamat dah sampai rumah dari Melaka. Diselamatkan member datang kutip bawa balik ke Subang. Trimas Zaki Mohamed Naim bawa sampai rumah.
Nasib baiklah ada seorang pemuda Cina mengetuk tingkap dan segera menariknya keluar apabila menyedari kereta berasap. Dalam masa 15 minit, kereta sudah separuh rentung dijilat api. Bahaya!
Sumber : Harris Fitri