Anak sulung kepada pasangan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam, 6, menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tidak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Enggan Tarik Kes Ira Kazar & Keluarga
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Ditanya Mengenai Diskaun Nafkah Anak-Anak, Syamsul Yusof Jawab, ‘Nak Balik Penat’
Tanpa kelibat ayah di sisi
Meskipun tiada kelibat sang ayah di sisi, dapat dilihat majlis ulang tahun yang diraikan di sebuah hotel terkemuka itu disambut dalam keadaan yang sederhana tetapi penuh bermakna.
Menerusi beberapa hantaran dimuat naik Puteri Sarah di Instagram story, dapat dilihat majlis hari jadi Syaikhul itu turut diraikan anak perempuan Puteri Sarah, Sumayyah, 4 serta beberapa rakan yang lain.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul dilihat akan berpanjangan lagi apabila kedua-dua mereka gagal mencapai persetujuan untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 April yang lalu.
Walau bagaimanapun, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak akan menghalang suaminya itu untuk beraya bersama anak-anak mereka namun dengan syarat, pengarah filem KL Gangster itu harus datang ke kediaman keluarga mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah di Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram