berita

Sedia Pertimbang Cadangan Benarkan Pameran LGBT Di Premis Kerajaan – Exco Pulau Pinang

August 8th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Kontroversi mengenai potret aktivis LGBT yang dipamerkan di sebuah pameran di George Town, Pulau Pinang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan pemimpin negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun telah mengarahkan potret aktivis tersebut diturunkan segera kerana ianya bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan berhubung isu LGBT.

Terbaru, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri Pulau Pinang, Chong Eng berkata kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan pameran berkaitan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di premis kerajaan.

Sedia bangkitkan isu ini

Menerusi laporan Harian Metro, Chong Eng berkata dia bersedia membangkitkan isu ini di dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang akan datang namun pelbagai kemungkinan dan sensitiviti perlu dititikberatkan terlebih dahulu.

Ia merangkumi sensitiviti agama dan isu berkaitan keselamatan membabitkan kumpulan LGBT serta penerimaan masyarakat umum.

Bagaimanapun, kita sedia membangkitkan isu ini dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang akan datang.

Tak perlu turunkan

Tambah Chong Eng, tiada keperluan bagi kerajaan negeri untuk mengarahkan supaya potret ikon LGBT itu diturunkan.

Kita tidak seharusnya menurunkan potret berkenaan dan tidak mahu mendiskriminasi mana-mana individu hanya kerana orientasi seks mereka.

Ini adalah perkara asas dalam hak asasi manusia. Ia tidak memberi kemudaratan kepada sesiapa dan saya rasa kita perlu hormati perbezaan ini.

Sementara itu menerusi laporan Free Malaysia Today, Marina Mahathir meminta potretnya diturunkan di pameran tersebut bagi bersolidariti dengan mereka yang diturunkan potretnya.

Sumber: Harian Metro, FMT 

 

SKIP THIS AD ×