berita

‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur

July 23rd, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Tindakan tidak senonoh kumpulan The 1975 telah menyebabkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga hari ini dibatalkan serta-merta.

Artikel Berkaitan: ‘Festival Good Vibes 2023 Dibatalkan Serta Merta’ – Fahmi Fadzil

Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sekolahkan’ The 1975 – ‘Tiada Siapa Peduli Ideologi Kau, Orang Bayar Nak Dengar Lagu’

Kesal dengan perangai tidak senonoh

Geram dengan kumpulan itu, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Luqman Podolski menghantar mesej peribadi (DM) ke Instagram Matty Healy, pada Sabtu.

Menerusi tangkapan skrin (screenshot) yang dikongsikan, Luqman, 25, menghamburkan kata-kata kesat selain menyatakan sikap kurang ajar itu telah menyebabkan ramai pihak yang terkesan.

Disebabkan kau ramai artis tempatan yang telah membuat persiapan awal tidak dapat membuat persembahan di acara itu.

Lebih kasihan penganjur, vendor makanan dan penaja terpaksa menanggung kerugian. Kau telah rosakkan segalanya.

Pemilik nama Luqmanul Haqim Kamaruddin juga menegaskan dia tidak peduli dengan ideolagi dan pemikiran band tersebut.

Aku tidak peduli apa pandangan kau. Sila tunjukkan rasa hormat apabila datang ke negara orang.

Salahkan penganjur

Sementara itu, mesej terbabit telah menarik perhatian vokalis kumpulan The 1975 untuk memberi respon. Tanpa rasa bersalah, Matty menuding kesalahan terbabit kepada pihak penganjur iaitu Future Sounds Asia kerana mengundangnya ke festival tersebut.

Terima kasih atas nasihat. Saya telah diundang maka itulah yang anda dapat. Ini salah penganjur!

Pada malam Jumaat, The 1975 bertindak beraksi biadap ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.

Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×