Foto: Faridism Production Sdn Bhd
Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham telah selamat di ijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan pada awal pagi semalam. Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, dan gelang buat Sheryl.
6 tahun kenal
Foto: Faridism Production Sdn Bhd
Buat pengetahuan semua, pasangan selebriti ini telah mengenali antara satu sama lain sejak 6 tahun yang lalu. Azzam dan Sheryl merupakan artis di bawah satu naungan syarikat rakaman yang sama. Mereka telah mengikat tali pertunangan sejak awal September yang lalu dan mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah keluarga.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat itu telah berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan awal pagi semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Azzam sah menjadi suami Sheryl. Pasangan ini memilih untuk melakukan majlis resepsi secara kecil-kecilan pada hari yang sama di Shah Alam, berikutan prosedur SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Sedia pikul tanggungjawab
View this post on Instagram
Alhamdulillah, perhubungan cinta akhirnya menyatukan kami sebagai suami isteri. Jujurnya, saya dan Sheryl merancang ke arah perkahwinan apabila hubungan cinta makin mekar. Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.
Menurut Azzam, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami apabila hubungan cinta di antara mereka makin mekar. Disoal mengenai perasaan selepas selesai akad nikah, Azzam memberitahu bahawa dia berasa lega dan mujur berjaya dengan hanya sekali lafaz.
Merpati dua sejoli
Kredit foto: Faridsm Production