berita

Sediakan Breakfast Atas Katil, Sekali Suami Simbah Air Panas!

January 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Niat seorang isteri untuk ‘sweet’ bersama suaminya bertukar menjadi satu mimpi yang buruk apabila si suami menyimbah air panas di bahagian belakang badannya. Kejamnya!

Breakfast in bed

Foto: Mirror

Menerusi laporan Mirror, wanita yang dikenali sebagai Rukiye itu ingin memberi kejutan buat suaminya dengan membawa sarapan pagi di atas katil. Namun, kejutan tersebut menjadi sesuatu yang teruk apabila suaminya iaitu Ali, mengamuk dan bertindak menyimbah air panas yang menggelegak di bahagian belakang badannya sehingga melecur.

Tambah laporan tersebut, kejadian itu berlaku di rumah pasangan berkenaan iaitu di Turki.

Dia genggam rambut saya

Foto: Mirror

Saya siapkan sarapan dan beritahu suami sarapannya sudah siap dan terhidang di atas katil. Dia terus marah dan bertanya kenapa saya kejut dia dari tidur. Dia beritahu supaya saya tidak kacau dia jadi saya terus bersarapan dengan anak perempuan saya.

Dia bad mood dan beritahu akan ceraikan saya dan akan Dapatkan hak penjagaan anak kami. Kemudian dia tuang air panas di bahagian leher dan cuba untuk simbah di muka. Tapi saya sempat elak. Saya lari daripada dia dan dapat rasa baju saha terkena air panas yang disimbah. Melecur kulit saya. Lepas itu dia baling lebihan air panas ke arah saya dan terkena kaki anak kami dan bahagian pinggul. Dia turut genggam rambut saya dan heret saya ke dalam bilik air.

Menurut Rukiye, susulan daripada insiden tersebut, suaminya telah ditahan reman oleh pihak polis. Ujarnya lagi, dia kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Sumber: Mirror

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×