Sebelum ini, Da’i Wan pernah menegur tindakan sekumpulan lelaki yang menyerupai wanita membuat video parodi. Namun, nasihatnya seakan tidak diendahkan apabila mereka sekali lagi menari lucah dan berpakaian wanita siap bersolek!
Artikel berkaitan : ‘Tindakan Dungu’ – Da’i Wan Bengang Teguran Tak Diendah Faiz Roslan
Selain Da’i Wan, Yatt Hamzah turut berang kerana mereka seakan mempersendakan agama. Tambah mengecewakan apabila video tersebut mendapat ratusan ribu likes daripada pengikutnya.
Hormat ramadhan, hormat islam
Salam Jumaat dan Salam 2 Ramadhan. Setiap orang ada pantang, kalau orang langgar pantang kita, mesti marah dan bengang kan..YA, Bonda pun ada pantang. Dan pantang Bonda adalah ORANG HINA AGAMA ISLAM! LAGI2 DALAM BULAN RAMADHAN NI! PALING SEDIH YG MENGHINA TU MUSLIM SENDIRI! .
Kenapa ada budaya parody melampau di kalangan Melayu Muslim kita? Sehingga ada unsur2 tarian lucah yg ditarikan oleh lelaki2 menyerupai perempuan! Lelaki 2 alam! Pada malam Jumaat di Hari Pertama Ramadhan pula tu! Astaghfirullahaladzim..Beristighfar panjang saya bila tertengok video parody yg ditegur oleh daie @wandazrin malam tadi.
Kurang pahala bulan puasa saya walaupun saya tak boleh puasa..Sedih dan bengang!! Yang pelik dan lg menyedihkan tu, ramai pula yg like! Melayu Muslim pula tu!! Lagilah orang tu suka! Lagi banyaklah video2 pelik tak menghormati Islam yg dia buat nanti..Dah kenapa nak support orang macam ni? Dah kenapa nak galakkan dia dan share saham dosa dia? Patutnya kita tegur dan halang. Pleaselah sahabat2 ku..HORMAT RAMADHAN. HORMAT ISLAM. SIAPA LG YG NAK HORMAT AGAMA KITA KALAU BUKAN KITA YG HORMAT DULU. MUSUH ISLAM PIJAK QURAN KITA MARAH SBB DEPA HINA ISLAM. HABIS TU YG PARODY NI BUKAN HINA ISLAM KE?
Budaya siapa yang kita ikut?
Budaya siapa yg kita ikut? Budaya Barat? Kita ni Melayu Muslim, maka pertahankan bangsa dan agama kita. Nabi SAW kata, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Jangan sampai tergelincir Iman hanya kerana tak dapat bendung nafsu. Ramadhan ni Syaitan dirantai, Neraka ditutup rapat dan Syurga dibuka seluas2nya. So rantailah nafsu2 kita dan banyakkan amalan sebab Ramadhan Bulan Grand Sale Pahala.
.
Maaf Bonda tegur dan beri nasihat sbb ini kewajiban. “Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”
Terang2 tak segan silu buat kemungkaran, mengisytiharkan dosa mereka publicly, maka tidak ada cara lain untuk mencegahnya melainkan menegur publicly.
.
#fromtheheartofamujahidah
Sumber : yatthamzah_suci