berita

‘Sedih Dengar Betapa Sayangnya Pada Ibu, Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak & Adik’

February 11th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Selepas pemergian Abam Bocey, satu persatu kebaikannya disebut. Ini menunjukkan begitu besar jiwa dan mulianya hati Abam terutama sekali kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Pernah sekali ketika program bersama Ustaz Ebit Lew, Abam bercerita mengenai kasih sayangnya terhadap keluarga. Arwah meninggalkan contoh tauladan yang baik apabila mengutamakan ibu lebih dari segalanya.

Kalau ini hari terakhir saya

Saya rapat dengan mak saya sebab dalam adik beradik, kakak saya dah kahwin, adik saya masa tu dorang dah kerja luar. Jadi dekat rumah saya dengan mak saya la, berniaga, bersama-sama makan, pergi kedai mamak malam-malam. Memang saya dengan mak saya lah sebab adik-adik saya dorang kerja luar.

Walaupun saya dah ada duit banyak, tapi still lagi untuk adik-adik. Saya ada duit beratus ribu. Saya menang banyak duit, dalam bank apa semua, tapi dengan siapa saya nak berkongsi? Family lah. Saya rasa bahagia, adik saya nak kahwin saya sponsor, lepastu adik saya yang sorang lagi tu nak kahwin sponsor lagi. Janji meriah. Janji korang kahwin korang seronok. Aku? Nanti dulu. Lepas saja setel semua, saya dah buat rumah, dah bagi kehidupan selesa, mak saya semua dah ada dalam rumah tu. Barulah saya kahwin. Saya mintak mak kahwinkan saya. Saya dah bawak calon banyak, tapi mak reject. Saya tanya mak, calon macam mana nak? Yang ni? Ha kahwin. Jadi saya tak ada bercinta bertahun-tahun. Saya pernah putus dengan isteri empat tahun lepas kemudian saya tanya mak, mak berkenan. Okay kalau itu yang mak berkenan. Saya ikut.

Waktu susah kita diuji, waktu senang lagi kita diuji. Tetapi apa yang paling penting, sebelum kita nak tolong orang, kita tolong family kita dulu sebab majoriti gelandangan di luar sana susah kerana adik beradik tak tolong. Jadi kita ada rezeki lebih kita tolong adik beradik kita.

Kata Ustaz Ebit Lew, itulah jawapan yang diberikan Abam ketika ditanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Dia seorang insan yang jujur sangat menyayangi keluarga dan mengutamakan mereka lebih dari dirinya sendiri.

Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya.
.
Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.
.
Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan anaknya yang comel sangat serta seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya-ebitlew

Sumber : Youtube

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×