berita

Sedih Konvo Tak Ada, Lelaki Ini ‘Set Up’ Majlis Konvo Di Rumah, Terima Ijazah Dari Mak Sendiri!

November 30th, 2020 | by Zulaikha
Video Popular

Bergelar seorang graduan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta sudah pastinya satu kebahagiaan bagi segelintir individu. Apatah lagi jika berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Namun, disebabkan pandemik Covid-19, istiadat konvokesyen di universiti terpaksa ‘diubah’ selaras dengan norma baharu demi keselamatan bersama.

Seperti perkongsian Ahmad Nabil di Twitter, dia merakamkan detik-detik ‘manis’ menerima skrol ijazah daripada ibunya sendiri.

Konvo di rumah

Menerusi video yang berdurasi satu minit lapan saat itu, memaparkan lelaki tersebut teruja menerima satu bungkusan daripada posmen. Pada mulanya, dia tidak menyangka bungkusan tersebut merupakan skrol ijazahnya.

Alhamdulillah! Skrol dah sampai. Bachelor in Computing and Business Management with honours Ahmad Nabil bin Ismail

Skrol ijazah tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri, yang ketika itu lengkap memakai uniform pegawai polis. Tambahan pula, Nabil ketika itu lengkap memakai tali leher bersama kemeja putih semasa sesi ‘konvokesyen’ itu berlangsung. Macam konvo betul dah ni!

Tidak berakhir di situ, lagu Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) turut diletakkan ke dalam video tersebut sebagai tanda terima kasih kepada IPTS tersebut.

Alhamdulillah syukur!

Tambahan pula, Nabil turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana berjaya memperoleh sekeping ijazah. Dia juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, dan para pensyarah yang banyak membantunya selama ini.

Nabil juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada pelajar lain untuk terus berusaha dan tidak berputus asa sama sekali dalam mengejar cita-cita.

Untuk arwah abah

Pada akhir tweetnya, dia sempat meluahkan rasa ‘rindu’ buat arwah bapanya dan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pengorbanan ayahnya.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Video tersebut telah berjaya meraih lebih 16.7k retweet, 5.9k likes dan 230k tontonan. Tahniah!

Sumber: Ahmad Nabil

SKIP THIS AD ×