Setiap tahun bila tiba sahaja musim perayaan, syarikat-syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan idea kreatif untuk menghasilkan filem pendek, video dan iklan raya. Malah, kemunculan iklan raya ini juga turut dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Macam-macam versi iklan yang kita boleh tengok. Tetapi yang paling penting adalah mesej tersirat yang ingin disampaikan dalam video tersebut sehingga membuatkan ramai penonton menitiskan air mata.
Tetapi iklan raya pada tahun ini adalah sedikit berbeza kerana perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut ketika negara berada dalam Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan daripada usaha kerajaan untuk melawan pandemik. Jadi, jom kita tengok antara iklan raya terbaik dan menyentuh hati. Agaknya yang mana satu iklan kegemaran korang?