berita

Sedih Tak Dapat Beraya Sebab PKP? Ini 5 Cara Untuk Dapatkan Semula ‘Mood’ Raya Korang!

May 12th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Raya tahun ni memang berbeza betul. Bukan setakat tak boleh balik kampung, nak beraya ke rumah saudara yang terdekat ni pun tak boleh. Siapa je tak sedih kan? Mood raya pun jadi hilang bila semua benda tak boleh buat.

Dah lah tu, tak payah risau lah. Ini antara 5 idea dan cara untuk kembalikan mood raya korang tahun ni!

1. Deco rumah dengan elemen raya

Bagi meningkatkan mood raya korang, apa kata korang hias rumah korang tu dengan sedikit elemen raya, contohnya pasang lampu pelita atau gantung ketupat hiasan ke kan? Baru lah sedap mata memandang.

Walaupun tk dapat beraya di kampung tahun ni pun, tak menjadi masalah. Korang sendiri boleh cipta vibes raya tu!

2. Shopping baju raya online

Bila dah sebulan berpuasa ni, mesti korang nak raikan kemenangan tu dengan menyambut Syawal. Jadi, salah satu caranya adalah dengan berhias dan tampil berseri dipagi raya.

Alaa, tapi nak keluar beli baju raya tak boleh. Eh, jangan risau! Shopping jelah secara online. Tapi jangan membazir beli sampai 3 atau 4 pasang pulak. Satu pun dah memadai.

Ha… dengan itu, baru lah dapat naikkan semula suasana hari raya tu seperti mana kebiasaan sebelum ni. Korang juga dapat lah lupakan rasa sedih sebab tak dapat beraya bersama keluarga.

3. Masak juadah raya

Selalu kalau balik beraya je, mesti banyak antara juadah raya yang menarik  family korang akan masak kan?

Tahun ini, walaupun berhari raya seorang diri bukan bermaksud kita patut bersedih, sebaliknya cuba raikan semeriah mungkin termasuklah menyediakan beberapa menu wajib setiap kali Aidilfitri. Tak tahu macam mana nak masak, call je mak ayah kat kampung tu tanya resepi!

4. Kirim duit raya pun online je!

Biasanya kalau raya, mesti ada saudara-mara yang jauh datang berkunjung raya ke rumah korang.  Jadi, kanak-kanak dari saudara-mara jauh ni excited lah kan nak dapat duit raya. Tahun ni macam mana pula nak bagi duit raya?

Alahhh, jangan risau lah! Teknologi dah canggih dah sekarang. Walapun tak dapat jumpa, korang boleh je bagi duit raya melalui transaksi atas talian. Mesti mereka pun seronok!

 5. Sapa jiran tetangga

Kita mungkin tidak digalakkan untuk menziarahi keluarga dan rakan terdekat hari raya ini, tapi apa salahnya kalau korang menyapa jiran tetangga dan mengucapkan selamat hari raya walaupun sekejap kan?

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri, korang juga tak berasa rasa sunyi dan sedih sangat terkenangkan orang yang jauh tu.

Buat something yang dapat gembirakan hati korang macam iklan raya ni!

Ha… itu semua antara perkara yang korang boleh buat bila tibanya Syawal. Jangan lah bersedih tau!  Kembalikan semula mood raya korang tu dengan membuat sesuatu yang menggembirakan hati korang dan orang yang berada dekat dengan korang.

Macam iklan raya Petronas ni, mesti korang boleh relate kan? Web filem animasi berdurasi 5 minit 24 saat ini menampilkan mesej yang sungguh menyayat hati tau! Walaupun perasaan sedih tak dapat balik kampung untuk beraya, korang masih ada jiran-jiran dan sahabat untuk meraikan. 

Mereka pun sama juga macam kita tak boleh balik raya, jadi apa kata raikan Aidilfitri ni sesama korang! Best jugak! Bila kita saling membantu dan memberi, kemeriahan tu akan lagi terasa.

Yang penting, korang kena sentiasa bersyukur dan menyemarakkan lagi semangat kejiranan dan keharmonian. Tak kisah lah di desa atau bandar, raya tetap raya kan?

SKIP THIS AD ×