Menjadi pasukan hadapan melawan wabak Covid-19 bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Semalam tular di media sosia, sebuah video yang dikongsi oleh Khiera di mana sekumpulan ‘frontliner’ membuat kejutan semasa hari jadinya yang ke-23.
Thank you frontliners!
TERIMA KASIH ABANG AKAK FRONTLINERS KITA YANG COMEL DAN BAIK HATI SAYA SAYANG AWAK SEMUA ?????????????? pic.twitter.com/cbL0Z3Towr
— Khiera Wzag (@NueFa_Kieyra) October 15, 2020
Menerusi temu bual bersama OHBULAN! Khiera ketika itu berada dalam tempoh kuarantin yang bermula 5 Oktober sehingga 18 Oktober kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 iaitu rakannya sendiri.
‘Saya sedih sebab hari jadi saya semasa kuarantin’
Pada satu perjumpaan, barisan petugas hadapan ini bertanyakan kepada individu-individu yang dikuarantin jika mempunyai sebarang masalah boleh terus ajukan kepada pihak mereka terus. Khiera ketika itu, meluahkan perasaannya sedih kerana tidak dapat menyambut ulang tahun kelahirannya disebabkan dikuarantin.
Dia pada mulanya terkejut dan tidak menyangka dengan kejutan yang diberikan. Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan tiga orang petugas kesihatan memberikan kejutan di hadapan biliknya. Video tersebut telah meraih 5.7k retweet dan 11.2k likes.
Happy Birthday!
Kuddos frontliner!
Sumber: Khiera