berita

Sedih Tengok 7 Kucing Kesayangan Mati Disebabkan Virus Parvo

June 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Virus parvo adalah sejenis virus yang merbahaya dan boleh menyebabkan penyakit yang teruk pada kucing. Daya tahan virus ini juga sangatlah kuat dan ianya boleh hidup di persekitaran luar pada tempoh masa yang lama. Sedihnya, virus ini boleh menyebabkan kadar kematian kucing semakin meningkat terutama bagi sekumpulan kucing yang tinggal bersama-sama dengan kucing yang tidak divaksin.

Menerusi Twitter, seorang wanita berkongsi kisah di mana 7 daripada 15 ekor kucing kesayangannya tidak dapat diselamatkan daripada virus Parvo. Sedihnya!

Musim virus parvo

Menurut @airore0, 7 daripada 15 ekor kucing kesayangannya tidak dapat diselamatkan daripada virus Parvo. Sejak Khamis lalu, virus tersebut telah menyerang kucingnya Venti sebelum tiga kucingnya yang lain iaitu Junior, Mika dan Melly ditemui mati pada hari keesokannya. Kehilangan 4 ekor kucing dalam masa terdekat, ternyata membuatkan wanita ini sedih.

Meskipun kesedihan masih dirasai, wanita tersebut memberitahu bahawa kucingnya Meirose turut terkena virus tersebut. Meirose menunjukkan tanda tidak boleh makan dan minum sebelum dia mati. Manakala, Grey dan Jekfer masih lagi bertahan walaupun potensi kedua-duanya untuk diselamatkan agak tipis.

Survive tapi cacat

Tambah wanita tersebut, jika seekor kucing diserang virus Parvo, pemilik kucing tidak boleh membela kucing selama setahun melainkan mereka perlu clorox satu rumah terlebih dahulu. Di samping itu, dia turut memberitahu bahawa sebelum ini virus yang sama pernah menyerang dua kucingnya. Namun, kedua-duanya masih selamat dan seekor mengalami kecacatan.

Sumber: @airore0

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×