Pelakon Lufya Omar mengambil pendekatan untuk tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan anaknya, Laana Haura di media sosial buat sementara waktu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Dia Upload Gambar Anak?’ – Lufya Omar Dedah Bekas Suami ‘Block’ Nombor Telefon Anak
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bersalam Dengan Lufya Omar, Julia Farhana Enggan Bermusuh – ‘Tak Ada Masalah Untuk Bincang Di Luar Mahkamah’
Anak sakit, hilang berat badan
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Lufya berkata tindakannya berbuat demikian disebabkan anak perempuannya itu baru sahaja sembuh daripada demam yang teruk.
Malah, Lufya akui sedih melihat keadaannya anaknya yang jatuh sakit sehingga hilang berat badan.
Orang asyik tanya saya kenapa dah lama tak nampak Haura dekat IG? Untuk masa sekarang saya ambil keputusan untuk tidak membuat sebarang posting tentang dia.
Memandangkan dia sekarang tidak sihat disebabkan demam teruk. Sangat sedih bila tengok anak sakit sebegitu. Ambil masa dua minggu juga untuk baik sampai badan dia kurus.
Dalam perkongsian yang sama, aktres berusia 38 tahun itu meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan keselematan dia serta anaknya yang tercinta.
Jadi, bila orang ramai tanya tentang dia, dia baik-baik sahaja bersama saya, insya-Allah. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kami.
Untuk info, Laana Haura yang kini berusia lima tahun merupakan anak hasil perkongsian hidup Lufya bersama bekas suami yang dikenali sebagai Dr Che Hafiz.
Lufya berkahwin dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada pada 17 Jun 2020.
Sumber: Instagram