berita

Segala Teka-Teki Terjawab, Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan

December 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Segala teka-teki peminat penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila beliau membuat pengumuman beliau sedang hamil anak keduanya. Berita gembira itu dikongsi di laman Instagramnya sebentar tadi. Lepas ini Siti Aafiyah dapat adiklah. Wahh!

Alhamdulillah!

Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan. Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami. Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih. Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!

Menerusi kapsyen di Instagram, Tok Ti mengumumkan bayi yang dikandungnya telah berusia empat bulan. Jelasnya, beliau dan suami tidak berniat untuk menyembunyikan perkara tersebut kepada orang ramai. Tambahnya lagi, beliau meminta supaya orang ramai mendoakan supaya kandungannya sihat sehingga selamat dilahirkan.

Di akhir posting tersebut, Tok Ti sekali lagi memanjat rasa syukur terhadap kurniaan Allah S.W.T. atas rezeki yang diberikan. Beliau juga sempat menggunakan #anakibu #adikaafiyah sebagai tanda teruja menanti kelahiran bayi tersebut.

Tahniah Tok Ti

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Tok Ti dan suaminya, Datuk K.

Sekali lagi tahniah OHBULAN! ucapkan.

Sumber: CTDK

SKIP THIS AD ×