berita

Segalanya Sudah Berakhir, Almy Nadia Syukur Fizz Fairuz Dah Habis Kuarantin & Kembali Sihat – ‘Nasib Kuat Baru Lepas Booster, Cover La Sikit’

February 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Fizz Fairuz akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah selama tujuh hari. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia di Instagram.

Segalanya sudah berakhir

Syukur, Alhamdulillah settle sudah kuarantin Encik suami @fizzfairuzofficial. Terima kasih pada semua yang mendoakan terutama family kami dekat Penang, family belah suami dan terima kasih juga pada family yang bantu kami beli-beli barang. Pada jiran yang bantu, pada sesiapa saja yang bantu kami sepanjang kami kuarantin, syukur alhamdulillah segalanya sudah berakhir.

Menurut Almy, sepanjang tujuh hari tersebut dia berasa sangat perit kerana perlu menguruskan segala hal secara sendiri. Tambahnya, dia tidak sanggup melihat anak-anak menangis dan mencari bapa mereka yang berada di dalam bilik. Namun begitu, dia meluahkan rasa syukur selepas segalanya telah berakhir, semalam. Almy turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk keluarga yang sudi membantu mereka di saat sedang menjalani tempoh kuarantin.

Jaga diri masing-masing!

Please semua jaga diri. Memamg la orang cakap sekarang kalau nak kena covid-19 kena juga. Jaga la macam mana pun memang la. Tapi bila dah kena baru tahu sakitnya. Nasib encik suami kuat sebab baru lepas booster. Kami pun dah ambil booster dan anak-anak pula dah selesai cucuk influenza. Cover la sikit. Selain dari itu, vitamin c memang tak tinggal. Syukur hari ni selesai sanitize rumah. Terima kasih semua yang doakan kami sekeluarga. Kami balik doa yang baik-baik untuk semua Insyallah.

Di akhir posting, Almy turut memberitahu bahawa dia dan suami telah mengambil booster. Manakala, anak-anak mereka juga sudah menerima suntikan influenza. Ujar Almy, pengambilan booster sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan sekiranya terkena jangkitan Covid-19. Jelasnya lagi, dia turut mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.

Sumber: Almy Nadia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×