berita

Seharian Tanpa Cas & Powerbank, Ini Review Jujur Kami Tentang HUAWEI Y9s!

December 31st, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI Y9s. Apa yang menariknya, HUAWEI Y9s ni adalah telefon pintar yang sesuai dan memenuhi kehendak pengguna termasuklah gamers! 

Nak tahu kenapa kitorang cakap macam tu? Haa..admin telah pun berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan HUAWEI Y9s dan apa yang kami boleh katakan, korang memang kena masukkan HUAWEI Y9s ni dalam list korang!

Powerbank? Dah tak perlu bawa!

Displaying DSC02202.jpg

Kerjaya admin yang sibuk dan kena selalu berjumpa client di luar membuatkan admin bergantung dengan telefon pintar sepanjang masa. Nak balas e-mail, catit notes, snap gambar dan hubungi client, memang membuatkan bateri telefon cepat drained. Tapi, dengan HUAWEI Y9s ni, admin dah tak ada semua masalah ni.

Bayangkanlah, dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh, kalau terlupa nak bawak pengecas atau powerbank pun takde hal lah, sebab ia mampu untuk bertahan sepanjang hari tanpa dicas. Memang kagum betul!

Main game sampai puas dan selesa!

Kredit: Mashable SEA

Lepas penat bekerja, mestilah nak chill dan relax kat rumah sambil main game. Sebagai peminat permainan mudah alih Gacha dan MMO, kalau sehari tak main dua game ni memang tak sah. Jadi, memang jaranglah bateri phone nak penuh. So, admin pun try main game dengan HUAWEI Y9s ni, tengok macam mana performance bateri dia.

Fuyoo! Itu je yang mampu admin cakap bila dah habis main dua-dua game fav admin, bateri HUAWEI Y9s ni masih cukup. Siap berbaki dan boleh download game baru lepas tu, sambung main lagi. Kalau korang yang kaki game tu, memang HUAWEI Y9s ni untuk korang!

Skrin lebih besar untuk paparan yang jelas!

Huawei y9s fullview display

Sekarang ni ramai yang memilih untuk naik pengangkutan awak ke tempat kerja termasuklah admin. Sambil nak sampai ke destinasi tu, mesti admin akan strim Netflix atau YouTube untuk habiskan masa.

Jadi, dengan bateri berkapasiti besar ni juga, korang boleh strim video dan layan movie puas-puas tanpa perlu risau nak bawak beg berat-berat dengan powerbank. Memang memudahkan!

Bukan itu je, Huawei Y9s juga turut dilengkapi dengan rekaan skrin sebesar 6.59 inci tanpa takuk, nisbah skrin yang cukup luas sehingga 91% bersama paparan FullView Display. Malah, ia juga dilengkapi dengan rekaan sisi badan melengkung 3D yang mampu untuk memberi keselesaan kepada genggaman tangan apabila dipegang.

Nak baca dan balas e-mail pun lebih mudah dengan paparan skrin yang lebih luas!

Storan lebih besar, boleh upgrade!

Huawei y9s 6+128gb

Yang lagi menarik, Huawei Y9s ini juga turut ditawarkan dengan kapasiti storan yang cukup besar iaitu 6GB RAM bersama storan 128GB. Kalau tak cukup jugak, korang jangan risau sebab ia boleh diperluaskan kepada 512GB! Bolehlah korang simpan fail-fail kerja, download lebih banyak game dan movie fav korang!

Kamera dengan rakaman yang cantik, sharp dan jelas!

Displaying DSC02198.jpg

HUAWEI Y9s ni juga dilengkapi dengan 3 lensa kamera utama gabungan 48MP untuk lensa utama, 8MP untuk sudut Ultra Lebar, dan 2MP untuk sudut kedalaman. Ketiga tiga lensa kamera utama ini dibantu oleh teknologi AI. Manakala kamera swafotonya pula dilengkapi dengan lensa 16MP.

Huawei y9s 48mp AI camera

Bagi lensa sudut ultra lebar, ia mampu merakaman gambar seluas 120 darjah serta boleh memuatkan hampir keseluruhan pemandangan dan objek dalam hanya satu rakaman gambar sahaja.

Displaying DSC02197.jpg

Bagi kamera hadapan pula, ia mempunyai rekaan pop naik yang mana apabila korang tekan butang kamera hadapan, kamera swafotonya akan dinaikkan secara automatik. Lebih menarik, kamera pop naik ini dikatakan mampu untuk menampung berat sehingga 15kg. Wow, memang tahan lasak!

Jom dapatkan HUAWEI Y9s sekarang!

Tunggu apa lagi, buat korang yang tercari-cari telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian, harga yang berbaloi dan spesifikasi yang mantap, HUAWEI Y9s lah jawapannya!

Image may contain: cloud, phone and sky

Datang dengan dua pilihan warna, iaitu Midnight Black dan juga Breathing Crystal, HUAWEI Y9s boleh didapati dengan harga RM999 dan RM799 bagi HUAWEI Y9 Prime. Oh ya, kalau korang beli HUAWEI Y9s, korang berpeluang untuk dapatkan *Huawei Band 4 yang bernilai RM139 secara PERCUMA melalui penebusan daripada Pusat Ahli mereka.

*Sementara stok masih ada. Tertakluk terma & syarat

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki siri HUAWEI Y9s dan rasai sendiri pengalaman menakjubkan. Kami dah try, korang bila lagi?

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian, layari laman web rasmi HUAWEI.