Setiap individu yang disahkan positif Covid-19, sudah pasti mempunyai kisah tersendiri bagaimana mereka boleh terkena jangkitan wabak tersebut dan cara mereka melawan virus pembunuh itu.
Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Myra Jijie, berkongsi kisah bagaimana dia dan ahli keluarga yang lain menjadi mangsa wabak tersebut. Lebih menyedihkan, mereka turut kehilangan insan yang mereka sayangi.
Satu keluarga positif
Covid fighter satu family 16 orang positif. 1 meninggal (mak). Kluster permatang. Maaf banyak gambar di hospital Mira dah padam. Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid. Mira dah janji dengan semua nak cerita semua kan. Ya, Mira tepati hari ni. Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan Mira kacau bilau. Mira cuba.
22/10/2020, Mak masuk icu sebab kaki mak bengkak teruk, overload fluid doktor kata. 23/10/2020, katanya mak kena kuarantin sebab ada kes. Tak pasti buat swab test result negatif. 24/10/2020, mak dah pindah wad biasa, boleh melawat mak dah. Mak mengadu penat,muka mak bengkak habis. 26/10/2020, Birthday mak, aku sambut beli bouquet, beli rantai emas dekat mak sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas. Sedih sangat mak tak sempat pun pakai. Malam tu mak nak fries mcd. Mak makan sikit ja. Mak kata teringin, tapi mak makan 2 3 fries saja.
27/10/2020, mak masuk icu balik sebab pernafasan mak tak okay. Mak dekat icu tapi mak nak mee sotong pula. Abang beli mee sotong, kak ipar suapkan mak. Kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali. Kami anak-anak kena jumpa doktor mak, sakit mak kami terpaksa rahsiakan. 29/10/2020, mak dah intubate, atas keizinan kami semua, sempat aku cium mak sebelum intubate, minta ampun dengan mak. Belai-belai mak. Rupanya itu kali terakhir dapat sayang mak. Cium mak.
Keadaan mak kritikal
30/10/2020, mak dah koma. Keadaan mak dah kritikal. Doktor minta kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih. Masa ni aku dengan abang lagi sorang dah ada simptom batuk dan demam. 31/10/2020, abang aku pagi-pagi dah call bagitahu mak positif covid untuk swab test ke-2. Hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung menangis, aku tahu dengan keadaan mak yang kritikal. Harapan mak nak baik sangat-sangat tipis. Mak kena transfer ke icu hospital Penang. Makanya tercetus la kluster permatang dari mak aku. Sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana, sesungguhnya soalan ini tak mampu aku jawab sebab Covid tu kata tak nampak. Kalau nampak senang aku bagutahu datang dari siapa.
Kak ipar aku orang 1st swab memandangkan dia memang kerja hospital jadi dia paling pantas swab sebab memang dia tengah kerja time tu, kami pula kena swab 2/11. Kak ipar dapat result hari yang sama juga sebab contact rapat. Jadi positif dan ambulan pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus. Kesian dia. Dia pun tak tahu apa-apa. Kami pun tak tahu dari siapa kami dapat. Covid ni merata ada dalam komuniti kita sekarang asbab mak aku positif semua buat cerita bukan-bukan. Tak apa la, kami redha dengan ujian ini buat kami.
1/11/2020, abang aku no 3 pergi swab test sebab simptom dia semakin teruk. Kami pula KKM minta swab test 2/11, untuk mereka prepare kami keluarga besar untuk swab test. Abang aku pun positif malam tu juga ambulance datang ambil. 2/11, satu family aku ke Kulim untuk swab test. Simptom aku paling teruk. Batuk,demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas tak lepas, aku tak tunggu result dah, Malam tu juga aku serah diri dekat hospital Kulim sebab aku tak boleh bernafas dalam beberapa jam. Hospital Kulim transfer aku ke hospital Sultanag Bahiyah Alor Star.
Mak meninggalkan kami
3/11/2020 hingga 5/11/2020, suhu aku 39, oxygen aku tak cantik. Kena tambah darah sebab hb jadi 7. Kena pakai gas. Malam tu juga aku kena transfer icu HSB baru, oxygen aku drop teruk. Malam tu juga doktor buat penerangan nak intubate aku. Dia minta nombor suami aku untuk inform semua in detail. Aku dah menangis merayu dekat doktor. Tak nak kena intubate macam mak, aku masih boleh lawan. Aku nak cuba lawan. 6/11/2020, abang aku pula ke icu, sama situasi macam aku, oxygen drop. Sesungguhnya Covid ni sangat jahat. Macam-macam dia serang aku dan abang aku. Sementara itu family aku sikit demi skit kena hantar ke HSB lama sebab positif. Baby 4 bulan anak kakak aku pun positif. 8/11/2020, 9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya. Mak dah lawan 8 hari, mak dah tak mampu.
Mak dah penat. Paling sedih buat keluarga aku, kami sorang pun tak boleh tengok mak. Semua dekat hospital sebab covid. Tinggal suami dengan anak-anak buah tiga orang sahaja yang negatif. Tapi tak boleh keluar sebab kuarantin. Kami pakai wakil buat pengecaman jenazah mak. Kubur pun tak boleh tengok. Semoga mak tenang di sana. Al-Fatihah. Dan aku di icu selama 2 minggu,berperang dengan sakit. Kena isolate sorang-sorang dalam bilik, sedangkan orang lain dekat icu duduk luar katil banyak-banyak. Boleh kata keadaan aku sangat tak okat. Penat dua minggu itu Allah sahaja yang tahu. 16/11/2020, Alhamdulillah akhirnya aku recover dan dah kena transfer ke hsb lama. Wad biasa sekarang dalam proses recover, dapat duduk sebelah suami. Dia positif swab test ke-2 hari ke 14. Anak-anak buah 3 orang tu power. Sampai sekarang negatif. Immune paling power.
21/11/2020, hari ke 20 doktor cakap kalau 21 hari aku boleh balik. Mudah-mudahan Amin. Satu sahaja nak pesan buat orang di luar sana, bila ada teman atau saudara kena Covid, seharusnya kita beri sokongan emosi. Bukan kita tambah cerita, buat fitnah yang tak betul pasal orang positif. Nak tahu dengan sikit sahaja cerita tambah ini boleh membuatkan emosi pesakit down. Sebab itu pesakit Covid jika ada family yang turut positif mereka beri kebenara duduk satu bilik. Alhamdulillah family aku sekarang semua dah negatif. Abang aku,nkak ipar discaj esok. Aku dan suami maybe Ahad ni. Lain-lain semua awal lagi dah discharge. Covid ni tak ada ubat pun bagi yang tak ada simptom. Bagi yang dok icu, ada ubat yang aku dapat tapi tak boleh bagi information. Aku harap semua patuh SOP.
Sekian karangan dari pesakit covid. Terima kasih buat smua staff nurse/doktor icu Hospital Sultanah Bahiyah yang menjaga aku dengan baik sekali, mandikan aku, urut aku, sikat rambut aku, ikat rambut aku. Ya Allah baik sangat. Alhamdulillah mereka semua ikhlas buat kerja. Aku harap aku mmpu tolong mereka dengan bagi awareness dekat semua. Family is everything bila jadi macam ni. Kami saling menyayangi, beri sokongan dan mungkin kasih sayang mak buat kami adik beradik jadi rapat macam ni. Al-fatihah mak, Rogayah bt md desa. Sehingga hari ni masih belum tengok kubur mak. Rindu yang tak terucap.
Sumber: Myra Jijie