Ucapan penuh kasih sayang daripada pelakon, Keith Foo buat kekasih hatinya, Riena Diana mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Akan Sentiasa Bersama’ – Keith Foo Titip Ucapan Hari Lahir Buat Riena Diana

Artikel Berkaitan: Sudah 10 Tahun Bina Nama Di Indonesia, Riena Diana Dedah Sebab Keith Foo Pilih Malaysia

Ucapan

Menurut Keith, sikap Riena yang begitu bertimbang rasa menjadi antara sebab dirinya jatuh cinta kepada pelakon berusia 29 tahun itu.

Kata Keith, dia berasa cukup bertuah kerana dipertemukan dengan Riena dan berpeluang menjadikannya insan istimewa dalam hidupnya.

Saya sangat mencintai awak kerana diri awak. Awak seorang yang hebat dan sentiasa bertimbang rasa.

Saya bertuah kerana dapat mengenali awak sebagai pasangan dan orang kepercayaan saya. Awak memang cantik, cinta.

Sehingga hari ini, saya masih mencintai diri kamu. Awak melengkapi saya.

Hantaran tersebut kemudiannya mencuri perhatian ramai apabila segelintir netizen menitipkan doa agar pasangan berkenaan segera disatukan sebagai suami isteri.

Sumber: Threads, Instagram