berita

Seindah Ramadhan, TV3 Tampil Dengan Drama Komedi Ayam

July 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Ayam- Seekor ayam jantan menjadi perebutan

Sempena kedatangan bulan Ramadhan, pihak stesen televisyen TV3 bakal tampil dengan tema istimewa mereka berjudul Seindah Ramadhan.

Menerusi tema ini, TV3 bakal membawakan pelbagai program-program istimewa khusus untuk para penonton setia mereka dan ianya termasuklah drama berbentuk pengajaran serta tauladan.

Menyentuh mengenai drama berbentuk pengajarana, salah satau drama yang bakal disajikan oleh stesen televisyen berkenaan adalah berjudul Ayam.

Secara umumnya drama ini merupakan arahan pengarah terkenal, Zulkeflee Mohamad Said dan ia bakal ditayangkan selama empat minggu berturut-turut sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ayam - Dari Kiri Fitri (Fazli Daniel Ali), Saleha (Eyka Farhana) & Aidil (Naim Daniel)

Antara pelakon cilik drama Ayam

Secara umumnya, drama Ayam menceritakan tentang perangai dua orang adik beradik yang tidak sehaluan dan mereka sering bertelagah dengan pendapat masing-masing. Ini kerana, bagi Aidil maknya terlalu memanjakan Fitri sehingga menyebabkan adiknya itu menjadi nakal dan dalam masa yang sama, Fitri pula merasakan abangnya adalah seorang yang tidak mempedulikan dirinya.

Konflik di dalam drama ini tercetus apabila Mak Jah menyuruh anaknya, Fitri membeli ayam untuk dibuat rendang. Sewaktu dalam perjalanan, Fitri telah terserempak dengan temannya, Wan.

Wan yang tahu Fitri ingin membeli ayam telah mengambil keputusan untuk menjual ayam yang dicurinya daripada Pak Malu kepada temannya itu.

Setelah Pak Malau mendapat tahu perkara tersebut, dia telah mencari Wan dan mengugut akan melakukan sesuatu kepada Wan sekiranya ayam kesayangannya itu tidak dipulangkan.

Ayam - Fitri (Fazli Daniel Ali) dihukum kerana sikapnya yang nakal Lakonan mantap Ilyas dan Fazlina Ahmad

Wan yang tahu Pak Malau sememangnya hebat dalam seni persilatan telah segera mencari Fitri dan meminta agar ayam jantan berkenaan dipulangkan. Apakah akan jadi selepas itu? Adakah Pak Malau akan mendapatkan semula ayam jantannya itu?

Untuk ketahui lebih lanjut drama komedi ini, jangan lupa untuk menyaksikan di TV3, pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Naim Daniel, Fazli Daniel Ali, Eyka Farhana, Afik Shafika, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Sharid Kunal, Ku Haris serta Haidir.

Sebelum anda menyaksikan drama Ayam, apa kata layan dulu beberapa foto menarik sedutan daripada drama tersebut selepas ini.

SKIP THIS AD ×