berita

‘Sejak Dah Famous Ni Dah Sombong’ – Dituduh Lupa Diri, Achey Respon Teguran

November 28th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Didakwa sudah lupa diri, pelawak dan penyanyi Achey, berang dengan tindakan seorang individu yang meninggalkan komen negatif di akaun Instagram miliknya.

Menurut Achey, individu yang menggunakan nama @mustaqim04 itu mendakwa Achey bertindak meninggikan suara terhadap peminatnya dalam sebuah program Santai Anak Utara (SAU) awal bulan lalu.

Nak sangat main motocross

https://www.instagram.com/p/B5YVq7pg6_M/

Menerusi Instagram Achey, dia memuat naik foto mengenai kecederaan yang dialaminya selepas bermain motocross. Namun, posting tersebut semakin mendapat perhatian ramai apabila seorang individu yang dikenali sebagai Mustaqim meninggalkan komen bahawa pelawak itu merupakan seorang yang sombong dan tergamak meninggikan suara terhadap peminatnya.

Ekoran daripada itu, Achey memberitahu bahawa dia sempat melayan kesemua peminatnya selepas habis program tersebut. Tambahnya, individu tersebut seolah-olah mempunyai masalah dengan dirinya bahkan, dia tidak mengenali individu tersebut.

Tutorial nak buat artis balas komen

Rata-rata netizen geram dengan komen yang ditinggalkan individu tersebut. Menurut netizen, lelaki tersebut sekadar mahukan perhatian dan berharap pelawak itu membalas komennya.

Sumber: Achey

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×