berita

‘Sejak Dari Mula Mereka Sudah Sedia’ – Adibah Noor Puji Semangat Kumpulan Sa.Ya Bertanding Dalam GV

January 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Perjuangan kumpulan Sa.Ya di dalam program Gegar Vaganza akhirnya terhenti di minggu kelapan. Bertemakan playlist ‘Ku Petik Bintang-Bintang’ Saiful Apek dan Yasin meraih markah paling rendah iaitu 58.20 peratus ketika membawakan lagu ‘Blus Terengganu Kita’ nyanyian asal kumpulan Iklim.

Mereka akur bukan vokalis

Bangga melihat usaha kumpulan Sa.Ya setiap minggu di Gegar Vaganza (GV), Adibah Noor memberitahu bahawa Saiful Apek dan Yassin merupakan peserta yang luar biasa dalam keluarga GV musim ini.

Sejak dari mula, mereka sudah sedia maklum serta sangat akur yang mereka bukanlah vokalis. Namun, belenggu di dalam jiwa mereka yang dikelilingi oleh peserta-peserta yang jurusan utamanya adalah menyanyi, tidak sesekali membuatkan mereka memencil atau mengasingkan diri. Malah, segala kemelut, gubra, debaran mereka diterbalikkan menjadi penyemaian benih kasih yang mekar menjadi ukhwah yang luar biasa di antara kami semua.

Ujar Adibah lagi, Saiful Apek dan Yassin merupakan anugerah terindah buat dirinya dan semua peserta. Sebagai rakan seperjuangan, Adibah menitipkan doa pada Allah agar mereka diberi kebaikan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan dan kesihatan baik yang berterusan.

Mereka menganugerahkan kami dengan magis sehingga kami lupa akan pergolakan jiwa kami setiap kali hendak berperang dengan segala apa di atas pentas itu.

I love you my brothers

Di akhir posting Adibah Noor, pelantun suara ‘Terlalu Istimewa’ ini memberi satu kata-kata hikmah buat kumpulan Sa.Ya. Jelas Adibah, membuat kesilapan jauh lebih baik daripada memalsukan kesempurnaan. Akhir sekali, Adibah berharap kumpulan Sa.Ya akan terus menghiburkan hati para peminat meskipun perjuangan mereka di Gegar Vaganza telah berakhir.

Sumber: Adibah Noor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×