berita

Sejam Terperangkap Dalam Lif Sampai Anak-Anak ‘Lembik’, Wanita Kecewa Dituduh Rosakkan Lif

November 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebuah keluarga berdepan satu detik cemas apabila mereka dipercayai terperangkap di dalam sebuah lif pusat beli-belah terkemuka di Selangor. Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang wanita menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…

Artikel Berkaitan: Jari Kanak-Kanak Terputus, ‘Tersangkut’ Di Pintu Besi Masa Main Panjat-Panjat

Terperangkap dalam lif

Menerusi video dikongsi, wanita ini mendakwa mereka sekeluarga telah terperangkap di dalam lif hampir satu jam. Cemas dengan apa yang terjadi, mereka mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada pihak penyelenggara bangunan namun respon yang diberikan agak mengecewakan.

Terperangkap dalam lif hampir 1 jam dekat ******. Call maintenance tapi malangnya diorang cakap akan sampai dalam 1/2 jam (30 minit). Padahal dah maklumkan ada budak kecil dalam lif ini.

Disebabkan terlalu lama, kami terpaksa call bomba untuk minta bantuan disebabkan anak-anak dah start lembik dan tak bermaya. Dahla anak-anak semua ada asma. Hati ibu mana tak risau.

Alhamdulillah tak sampai 10 minit pihak bomba sampai. Terasa lega sangat. Kalau tak, tak tahula apa jadi dekat anak-anak kami ini. Terima kasih sangat kepada bomba atas bantuan yang diberikan

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa pihak pusat beli-belah seolah lepas tangan dengan menuduh keluarganya merosakkan lif tersebut. Namun, wanita ini menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya dan mahu mengambil tindakan undang-undang.

Tak tahulah nasib anak-anak kami malam itu. Tapi malangnya, pihak sana menuduh kami yang rosakkan lif tersebut langsung tak logik di akal. Takkan kami yang bekeluarga nak rosakkan lif tersebut. Tak apalah kifarah itu ada.

Tunggu kami ambil tindakan dekat pihak sana. Terima kasih abang bomba.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan kepada wanita ini supaya mengambil tindakan kepada pihak berkenaan atas nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×