berita

[VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

August 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tak dinafikan kanak-kanak yang berada dalam proses tumbesaran memang sangat aktif, lasak dan berani mencuba sesuatu perkara yang baharu. Sampai mak ayah pening kepala nak jaga!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…

Artikel Berkaitan: Jari Kanak-Kanak Terputus, ‘Tersangkut’ Di Pintu Besi Masa Main Panjat-Panjat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Tak Nak Main Telefon Lagi Lepas Tengok Mata Lebam

Namun, bagaikan mimpi ngeri buat seorang kanak-kanak lelaki apabila badannya tersekat pada sebuah mesin basuh separa automatik.

‘Tersekat’ dalam mesin basuh

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video dikongsi seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Waly Hashim, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang ‘tersekat’ pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik. Susulan daripada itu, pihak JBPM bertindak memotong bahagian mesin basuh menggunakan satu peralatan khas tersebut bagi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Sebelum proses pemotongan itu berlaku, kanak-kanak itu dilihat begitu ‘tenang’ sebelum mengalirkan air mata ketika proses pemotongan berlangsung. Kanak-kanak itu bagaimanapun, berjaya dikeluarkan pihak JBPM setelah bahagian mesin basuh tersebut dipotong. Namun, tiada info lanjut berhubung bagaimana kanak-kanak itu boleh tersekat di situ.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang wanita bermurah hati untuk membelikan mesin basuh baharu buat keluarga ini bagi menggantikan mesin basuh yang telah dipotong oleh pihak JBPM bagi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Video penuh:

@walyhashimTag kawan2 yang ada anak kecil ##fyp? ##fypage? Fade???????? (69 Remix) – Alan Walker

Nangis mak hang!

Sumber: Waly Hashim

SKIP THIS AD ×