berita

Sekadar Berkongsi Minat & Pengetahuan, 7 TikTok Creators Ni Berjaya Tarik Perhatian Ramai!

December 29th, 2021 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Sepanjang tahun ni boleh dikatakan TikTok adalah salah satu aplikasi yang paling mendapat perhatian ramai. Haa.. termasuklah korang kan? Kadang-kadang tengok TikTok sampai berejam pun tak sedar betul tak?

Semua ni sebab pelbagai idea dan isi kandungan menarik yang diketengahkan TikTok creators dari pelbagai latar belakang dengan minat yang berbeza. Memang kreatif weh! Kadang-kadang sampai kita pun jadi nak cuba apa yang dorang buat.

Macam 7 TikTok creators ni yang selalu share banyak info dan minat dorang yang super best! Daripada sekadar berkongsi pengetahuan masing-masing, sekarang dorang dah berjaya kumpul pengikut aktif tersendiri yang selalu ternanti-nanti content baru dari dorang tau!

Jom tengok siapa 7 TikTok creators power tu!

Dari resipi masakan vegan, bahasa isyarat ke pembongkaran mitos kesihatan semuanyalah dorang cover!

@anissajailani_

@anissajailani_

Kelainan Annisa sebagai seorang pekak tak penah menghalang Annisa untuk aktif di TikTok. Sebaliknya dia gunakan peluang yang ada untuk menjadi Pencetus Inspirasi bagi meningkatkan kesedaran tentang bahasa isyarat dikalangan komuniti kita :)

@tiktok_malaysia TikTok Creator – anissajailani_Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia


Content unik yang diketengahkan Annisa buatkan ramai orang dapat belajar dan berinteraksi dengan Annisa. Secara tak lansung, orang ramai boleh practice untuk lebih mahir nak guna bahasa isyarat! Mudah kan? Lagi best, korang dapat belajar free je dekat TikTok Annisa DI SINI.

@thisisfatia

@thisisfatia #MyWorldToo mv out now on YouTube. link in bio! so so grateful for the love and support, thank you sm!!! stream and share! @tiktok_malaysia @tiktok ? My World Too – Fatia

Siapa sangka dengan hanya video ‘duet’ dapat mengangkat Fatia sebagai Artis Global Pertama TikTok.

Berbekalkan gemersik suara yang memukau ramai, penuntut jurusan undang-undang ni bakal menggapai mimpinya dalam kedua-dua bidang yang dia gemari! Siapa cakap cita-cita dan minat tak boleh disatukan? 

 

Haa.. Ni Fatia tunjuk kat korang yang dia mampu buat dua-dua sekali! Sekarang Fatia dah pun ada single nyanyian dia sendiri yang bertajuk MY World Too dan ia boleh distream di semua digital platform okay!
 Klik DI SINI kalau nak tengok macam mana hebatnya nyanyian Fatia!

@eatwkriss

@eatwkriss

Baru berusia 17 tahun tapi Kriss dan berjaya mengumpul 485,000 jumlah pengikut di laman TikTok! Kriss ni bukan buat content beshe-beshe tau, dia aktif berkongsi resipi vegan untuk macam-macam menu!

Kalau ada diantara korang yang nak mula makan makanan tanpa sebarang bahan dari haiwan, memang Kriss lah orang yang korang kena follow!

@tiktok_malaysia TikTok Creator – eatwkriss ? Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Sebab Kriss bukan share resipi vegan yang boring yaa.. Dia kongsi banyak menu best yang akan buat korang teruja untuk cuba sendiri macam hot chocolate, maggi goreng, vegan waffle dan banyak lagi!

Jimat guys, korang boleh buat sendiri je masakan vegan kat rumah lepas ni! Nah klik KAT SINI untuk follow Kriss aka Pakar Sajian Vegan!

@mathanedward

@mathanedward

Mathan memilih untuk berkongsi dengan pengguna TikTok pelbagai resipi yang dia cuba di rumah.

Setakat masakkan Melayu, Cina dan India semua Mathan dah tapau habis, memang Pakar Masakan Malaysia! Macam-macam benda dah dia masak. Sampaikan orang siap request dia masak makanan arab pun dia boleh buat ya! Hebat teruk!

Minat Mathan dalam bidang masakan bermula ketika dia masih kecil, dia yang rajin menolong ibu di dapur serba sedikit dapat belajar akan selok-belok masakan.

@tiktok_malaysia TikTok Creator – mathanedward ? Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Siapa sangka dengan ilmu masakan tersebut menjadikan Mathan sebagai salah satu figura yang mempunyai ramai pengikut berbilang bangsa di aplikasi TikTok! 

Mathan sekarang dah mula dibanjiri tawaran kolaborasi dari pelbagai pihak dan mula mendapat liputan daripada pelbagai media.

Nak tengok resipi yang Mathan masak? Klik je DI SINI!

@dr.samhan

Ni dia Doktor Fakta Bukan Auta! Tujuan utama Dr. Samhan aktif di TikTok adalah bagi mendidik orang ramai tentang mitos dan perkara-perkara yang orang ramai selalu salah faham berkaitan hal kesihatan.

Senang cakap Dr. Samhan akan rungkaikan hal-hal palsu dan tingkatkan kesedaran orang ramai tentang isu kesihatan dengan cara yang mudah difahami lagi-lagi pada ketika kita sedang berjaga-jaga dengan wabak Covid-19 sekarang.

@tiktok_malaysia TikTok Creator – dr.samhan ? Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Selain tu, Dr. Samhan juga banyak kongsikan tips berguna macam video pertamanya yang viral mengenai sakit belakang, dari video ni orang ramai dapat belajar macam mana nak legakan sakit belakang dengan mudah dan pantas! 

Jadi kalau nak tahu sejauh mana betulnya pengetahuan korang tentang hal kesihatan dan apa tips mudah yang boleh membantu meningkatkan kesihatan korang kena follow Dr. Samhan DI SINI!

@alexhkf

@alexhkfLet’s drop that money! ??? original sound – Ian Asher

Buat Alex, TikTok adalah platform yang membantu dia untuk kekal termotivasi.

Dunia yang seakan kelam ketika tu bertukar menjadi lebih ceria bila Alex berjaya menjadikan TikTok sebagai tempat untuk dia menyerlahkan bakatnya dalam bidang tarian dan terus berkreativiti tanpa batasan.

Semuanya bermula bila Alex memberikan dirinya sendiri ‘tugasan’ yang memerlukan dia untuk mencipta content selama 100 hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

@tiktok_malaysia TikTok Creator – AlexShare your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Bermula dari sini Alex berjaya mengumpul 1 juta pengikut, bahkan sehingga ke hari ni Alex dah pun ada 5 juta pengikut tau!

Sekarang Alex bukan je dikenali sebagai Penari Bergaya Rancak tapi dia dah kembangkan lagi kreativiti dia dengan berkongsi pelbagai video transition dan transformation serta berkongsi rutin harian dia di TikTok. Jom follow Alex KAT SINI.

@itsafiqhakim

@itsafiqhakim

Sejak berusia 15 tahun lagi Afiq dah mula minat nak buat parodi untuk trailer filem dan iklan. Sejak tu sampailah dia dah berusia 24 tahun sekarang banyak aplikasi media sosial dah dia cuba untuk serlahkan bakat parodi dia tu.

Pada 2019 Afiq muat turun TikTok tanpa sebarang niat nak buat parodi dekat aplikasi ni pun. Tapi! Dekat sinilah bakat dia mula mendapat perhatian ramai sampaikan orang panggil dia ‘The Rock’ versi Malaysia!

@tiktok_malaysia Tiktok Creator – itsafiqhakim Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Afiq mula menjadi sebutan ramai bila dia buat trend ‘My Mom Met My Dad’ melalui posting ni Afiq buat gerak bibir mengikut audio ‘This is My Family’ dari STEERLING, dekat situ Afiq tunjuk yang celebrity parent-lookalikes dia adalah Shaheizy Sam dan Dwayne Johnson! Kelakar weh! Tapi bila tengok balik, memang sama juga rupa dorang ni!

Kalau korang nak tengok vide0-video kelakar daripada Afiq yang akan menghiburkan hati korang boleh terus ke SINI.

Jom kongsi minat korang pula! #FindYourPurpose di aplikasi TikTok

Siapa sangka dengan niat sekadar berkongsi minat dan sebarkan kesedaran mampu jadikan 7 TikTok Creators ni antara contoh mereka yang berjaya mengembangkan bakat dan mendidik orang ramai.

Pssstt! TikTok creators ni pun dah menghiasi banyak papan iklan di sekitar KL!! Kalau korang ada terjumpa muka diorang dekat billboard tu apa kata kongsikan ia di media sosial dengan #FindYourPurpose

Amacam geng? Korang dah dengar kisah kejayaan TikTok Creators lain sekarang apa kata korang pula kongsikan minat korang di TikTok! Siapa tahu mungkin minat korang tu boleh jadi inspirasi dan ikutan untuk orang lain?

Lagi-lagi kalau korang ada pengetahuan dalam sesuatu bidang yang tak ramai orang tahu. Kongsikanlah geng! Kami yakin mesti ramai akan suka dan teruja nak belajar benda baru!

Kongsikan minat korang dengan menggunakan filter yang kami sertakan di bawah okay! Scan je gambar QR tu dengan TikTok korang! Dah jom #FindYourPurpose dan mula sebarkan minat korang :)

@tiktok_malaysiaTime to #FindYourPurpose Watch how these creators did it. Share your passion with #FindYourPurpose on TikTok today? original sound – TikTok Malaysia

Aplikasi TikTok boleh dimuat turun melalui App Store dan juga Google Play Store atau terus je ke SINI.

SKIP THIS AD ×