berita

Puteri Aishah Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan, Wang Hantaran Dirahsiakan

November 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon jelita, Puteri Aishah, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, pada jam 11:15 pagi tadi.

Sekali lafaz

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Syukur majlis berjalan lancar

Dalam pada itu, Puteri melahirkan rasa syukur kerana dia sudah lama menantikan saat ini selepas beberapa kali terpaksa ditangguh disebabkan pandemik Covid-19.

Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).

Bercerita mengenai pasangan pilihannya, pelakon filem Pulang mengakui Firdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih.

Baju pernikahan yang digayakan mereka adalah rekaan @RizmanRuzaini .

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.

Sumber: @cstproduction

SKIP THIS AD ×