berita

Sekali Tengok Macam Di Hatyai, Rupanya ‘Pasar Terapung’ Unik Ini Hanya Di Kelantan..

July 22nd, 2020 | by Shafika
Travelogue

Sejak wabak Covid-19 melanda dunia, penerbangan antarabangsa masih lagi belum dibuka. Orang ramai turut dinasihatkan untuk menyokong industri pelancongan dalam negeri sekaligus dapat menjana ekonomi negara.

Apa kata kali ini anda rancang percutian anda ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Banyak tempat menarik boleh dikunjungi antaranya adalah pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat seperti dikongsi oleh Hayati Bekri. Fuh sekali tengok dah macam dekat Haytai!

Macam macam makanan ada!

“Pulau Suri Floating Market . There’s A hidden Gem in kelantan ! Orang luar yang planning nak datang kelate, boleh try ke sini. Makanan semua sedap2, tikar tempat duduk semua dorang sediakan ! Harga sangat murah . Orang kelate pun kena datang sini, Support business derang,Check in. For instagrammable, tu kat bawah kita ada spot OOTD!

Sebenarnya operasi pasar unik ini telah dibuka sejak 2016 namun masih ramai yang tidak tahu mengenai tempat ini. Untuk kesini, anda perlu naik bot atau sampan yang disediakan oleh pengusaha tempatan. Jika dari jeti Kuala Besar, perjalanan menaiki bot atau sampan berenjin hanya memerlukan masa sekitar 15 minit manakala jika anda dari jeti Kok Majid, ianya memerlukan sekitar 40 minit.

Terdapat pelbagai makanan yang dijual disitu dan antara menarik adalah lokan bakar, makanan laut bergoreng, kuih muih tradisonal, lokching dan juga kerabu nipah. Selain dari makanan yang dijual di atas sampan, ada juga gerai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kerepek, tudung, dan pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Sambil sambil boleh bercuti

Sumber : Hayati Bekri

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×