berita

‘Sekejap Lagi Sayyid Sampai, Tak Jauh Dah’ – Luahan Sayu Anak ‘Pergi’ Di Pagi Hari Raya

August 14th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kehilangan seseorang yang kita sayang memberi kesan dalam hidup kita terutamanya anak sendiri. Terpaksa untuk terima hakikat akan takdir Illahi meskipun sukar menghadapi ujian yang sukar ini.

Luahan hati seorang ibu, Saidah Malihah di Facebook terhadap anak lelakinya, adik Sayyid ini undang sebak. Dia turut kongsi momen akhir sewaktu bersama arwah dan mimpi terakhir suaminya sebelum adik Sayyid pergi buat selamanya.

Mimpi Sayyid bangun dari tidur

Bismillahirahmanirahim. Hari ini baru ada masa untuk mencoret kenangan buat Ahmad Sayyid. Nama Sayyid diberi kerana mimpi ada tangan yang menulis nama tu masa tengah mengandungkan dia. Masa tu belum tahu jantina dia lagi.

Mami nekad mahukan nama Sayyid yang bererti Penghulu/ Ketua walaupun abahnya nak nama lain. Sesuai la Penghulu untuk anak sulung kan. Lahirnya secara induce pada 12 Ogos 2014 kerana kurang gerak. Membesar sebagai anak yang disayangi ramai. Petuanya masa mengandung bacalah surah Luqman & Ar-Rahman setiap hari dan niatkan khusus untuk anak dalam kandungan.

8 Ogos 2019, Khamis. Abah Sayyid mimpi Sayyid bangun dari tidur, jalan keluar dari bilik (Sayyid dah tak boleh jalan sebenarnya sebab kaki sakit) untuk cium adiknya yang sedang tidur. Dan cakap dengan abahnya, dia nak pergi keluar, tapi ada benda yang halang dia. Tapi takpelah, lain kali je lah. Nanti abah tolong.

9 Ogos 2019, Jumaat. Siang harinya, banyak kali dia tanya, Abah dah balik ke? Setiap kali bunyi kereta lalu depan rumah. Dia banyak cakap juga, tak seperti hari biasa yang banyak tidur sebab penat.

Malamnya, Sayyid tidur kat sebelah mami macam biasa. Mami dengar Sayyid bercakap sambil tidur (dengan anggapan Sayyid mengigau). “Sekejap lagi Sayyid sampai, tak jauh dah” diulangnya 2 kali.
Mami kejutkan Sayyid dan Sayyid kembali tidur.

Mami tengok mata Sayyid dah ke atas

10 Ogos 2019. Seperti biasa Sayyid kurang berselera untuk makan. Oleh kerana satu hari suntuk tak makan, mami bagi Sayyid susu sedikit ikut Ryles tube. Sayyid cakap Sayyid dah tak nak masuk wad. Maghrib tu Sayyid cakap rasa macam nak sendawa tapi tak lepas. Disuruhnya gosok dibelakang dia sehinggalah malam. Pukul 11 malam Sayyid cakap macam nak muntah. Tapi tak muntah pun, dia cuma keluarkan sedikit air liur. Mami nak sedapkan hati Sayyid dan cakap kat Sayyid ni sebab Sayyid tak makan, ada angin la.

Pukul 11.30 malam, mami ajak Sayyid tidur sebab mami dah penat. Mami peluk Sayyid dan tidur. Pukul 1 lebih, Sayyid kejutkan Mami, Sayyid cakap rasa macam nak muntah lagi. Nak tinggikan bantal. Mami ambil bantal mami untuk tinggikan bantal Sayyid. Bila mami nak sandarkan Sayyid pada bantal, mami nampak Sayyid dah nak pergi. Sayyid cuba cakap-cakap, tapi percakapan Sayyid sudah tidak jelas kedengaran. Mami suruh Sayyid pegang tangan mami, Sayyid genggam tangan Mami. Mami panggil Abah juga. Mami mengucap tanpa henti, Lailahaillah.

Mami tengok mata Sayyid dah ke atas, Mami terus doakan pada Allah semoga mudahkan urusan Sayyid. Genggaman tangan Sayyid makin lemah dan mami tahu Sayyid dah pergi. Mami tengok jam, pukul 1.17am. Mami terus cakap pada Sayyid, mami tahu roh Sayyid ada kat sini lagi. Pergilah cari adik (Sayyid ada adik yang meninggal dalam perut masa 8 bulan mengandung) kat sana. Main sama-sama. Mami sayang Sayyid.

Mami suruh abah call 999 untuk panggil doktor datang buat pengesahan. Mami tulis kat Whatsapp family, Sayyid dah takde. Mami call nani bagitau Sayyid dah takde. Doktor dari HTAR sampai dengan ambulans untuk buat pengesahan. Keluarga-keluarga terdekat juga datang ke rumah. Pagi, takbir Aidiladha berkumandang. Mami senyum sebab mami gembira Sayyid pergi di hari yang baik.
Mami redha Sayyid pergi sehari sebelum hari jadi Sayyid yang ke-5. Tiada lagi sakit padamu sayang dan Sayyid terpilih ke “boarding school” untuk jadi anak asuhan Nabi Ibrahim A.S. Mami bangga dengan Sayyid.

Al-Fatihah buat Sayyid

Alfatihah buat Sayyid. 12082014 – 11082019. Buat ibu-ibu lain yang juga punya anak kecil meninggal sebelum baligh, redha lah kerana anak kita akan menjadi saham akhirat kita yang akan memimpin tangan kita ke syurga.

Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud: ” Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya: ” Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab: Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang” (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya”

Jenazah adik Sayyid

https://www.facebook.com/saidahmalihah/videos/pcb.10219524701650014/10219524693529811/?type=3&theater

Dalam kenangan

https://www.facebook.com/saidahmalihah/videos/pcb.10219524701650014/10219524694009823/?type=3&theater

Bijak adik Sayyid bercakap

https://www.facebook.com/saidahmalihah/videos/pcb.10219524701650014/10219524697929921/?type=3&theater

Sumber: Saidah Malihah

SKIP THIS AD ×