Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel menyatakan dia bukan individu yang tepat untuk mengulas mengenai ibu bapa memiliki anak autisme.
Mungkin sebab malu
Ketika ditemui OhBulan!, Aeril, 35, berpendapat dia tidak boleh menyuruh ibu bapa yang memiliki anak Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) bersabar.
Namun, pemilik nama Suhairil Sunari menyeru orang ramai yang memiliki anak istimewa untuk segera mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan.
Ada ibu bapa yang dia tidak terima anak dia autisme, bila ibu bapa tak terima dia tidak cepat-cepat untuk hantar anak mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.
Mungkin sebab dia malu. Tetapi, saya bukan individu yang tepat (untuk mengulas).
Bagi saya kalau dah nampak simptom (autisme) segeralah dapatkan rawatan supaya dapat dikawal.
Kita tak berada di tempat mereka, jadi tak boleh sewenangnya kita cakap ‘bersabar’.
Tambah suami kepada Wawa Zainal, sekiranya ditakdirkan dikurniakan autisme, anggaplah itu sebagai ladang pahala.
Apa yang saya boleh katakan sekiranya kita ditakdirnya dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita.
Untuk saya bercakap mengenai perkara ini (autisme), saya bukan individu yang tepat. Sebaiknya ahli keluarga yang terdekat yang layak untuk mengulas.
Aeril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Buas yang diadaptasi sebagai filem terbaharu lakonannya bersama Wawa Zainal dan anak perempuan mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Dalam pada itu, filem Buas turut dibintangi Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Tarmimi Siregar dan bakal ditayangkan pada 20 Jun 2024.
Filem terbitan Respected Netizen Sdn. Bhd. merupakan naskhah kedua selepas Sabda Kekasih.
Video
View this post on Instagram