Kemajuan teknologi hari ini semakin pesat dan terus berkembang, begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Salah satu inisiatif yang paling inovatif adalah Sekolah Anak Malaysia (SAM), ia ditubuhkan sebagai solusi pendidikan yang lebih relevan dan maju.
Dengan kerjasama LeapED Services dan Payment Network Malaysia (PayNet), SAM bukan sekadar sekolah biasa. Ia memperkenalkan konsep pendidikan digital yang akan mengubah cara pelajar melihat dan menjalani pembelajaran di Malaysia.
Pembelajaran secara atas talian
Konsep ini membolehkan pelajar dari seluruh Malaysia mengikuti pembelajaran dengan lebih fleksibel dan efektif.
Sistem pembelajaran SAM mengetengahkan subjek-subjek yang lebih spesifik dan relevan mengikut perkembangan terkini serta keperluan masa hadapan.
Senang cakap, pendidikan di sini bukan sahaja lebih moden tetapi juga lebih mendalam dan berfokus.
SAM ditubuhkan pada Oktober 2023, sebagai salah satu inisiatif untuk merapatkan jurang pembelajaran yang semakin besar (berdasarkan kajian kajian pemulihan pasca-COVID oleh LeapEd).
Justeru, SAM hadir dengan solusi yang bukan sahaja menambah baik cara kita belajar, tetapi juga memastikan semua pelajar dapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira lokasi.
Buat masa sekarang, SAM memberi tumpuan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Namun, dijangkakan pada 2025 nanti mereka akan membuka peluang buat lebih ramai pelajar termasuk pelajar menengah atas dan 2027 untuk pelajar sekolah rendah.
Mereka kini bukan sahaja mempunyai pelajar dari seluruh Malaysia, malah turut menerima penyertaan daripada pelajar Malaysia yang menetap di UAE.
Mengapa SAM?
- Pembelajaran Digital: Pelajar dapat mengikuti kelas secara maya yang lebih fleksibel dan sesuai dengan gaya hidup masa kini.
- Inovasi dalam Pendidikan: Subjek yang lebih khusus dan berkaitan dengan perkembangan semasa.
- Sistem Pembelajaran Berkualiti: Fokus kepada teknologi dan kemahiran terkini
- Peluang Biasiswa: Pelajar berpeluang menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian tanpa mengira latar belakang kewangan keluarga.
- Penyertaan Seluruh Malaysia: SAM tidak terhad kepada pelajar di Lembah Klang sahaja, tetapi terbuka untuk pelajar di seluruh negara.
Peluang Biasiswa di SAM
Haa.. Berita baik! SAM menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak! Usaha ini bagi memastikan tiada siapa yang tercicir, terutama sekali pelajar cemerlang supaya mereka dapat mengikuti pendidikan terbaik tanpa perlu memikirkan beban kewangan.
Biasiswa SAM boleh dimohon secara dalam talian sahaja melalui pautan di SINI.
Sekiranya layak, barulah pelajar tersebut bakal dipanggil untuk mengikuti sesi temuduga.
Melahirkan pemimpin dan tenaga kerja berdaya saing
Menerusi konsep pendidikan yang lebih holistik dan berorientasikan masa depan, SAM tidak hanya memudahkan pelajar untuk belajar, tetapi mempersiapkan mereka untuk menjadi bakal pemimpin dan tenaga kerja yang lebih berdaya saing di peringkat global.
Jadi, buat para ibubapa yang ingin memanfaatkan peluang pendidikan digital terbaik di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak korang di Sekolah Anak Malaysia (SAM).
Untuk maklumat lebih lanjut tentang SAM dan peluang biasiswa, boleh layari laman web rasmi SAM.