Kerajaan telah memutuskan untuk membuka sesi persekolahan pada 24 Jun 2020 ini, berikutan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.
Buat masa ini, hanya pelajar SPM, STPM, STAM, dan SVM yang dibenarkan kembali ke sekolah dengan beberapa standard procedure yang perlu diikuti. Bukan hanya cikgu dan pelajar, tapi ibu bapa juga mesti risau dan boleh merasakan betapa mencabarnya nak sesuaikan diri dengan norma baru ni.
Cabaran baru buat ibu bapa apabila bermulanya sesi persekolahan..
Memandangkan sesi persekolahan hanya dibuka untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan, bagi pelajar yang tak terlibat, pembelajaran di rumah masih diteruskan dari kediaman masing-masing.
Bagi sesetengah ibu bapa, keadaan ini agak mencabar apabila ada antara mereka yang perlu kembali bekerja dan dalam masa yang sama perlu mengawasi pembelajaran anak–anak di rumah.
Haa..jangan bimbang, dengan inisiatif Learn From Home dari YTL Foundation, masalah korang mungkin ada penyelesaiannya!
Memahami kesukaran dilalui kebanyakan keluarga di Malaysia mengenai pembelajaran anak mereka di rumah, YTL Foundation telah melakukan satu tinjauan dan mengenal pasti antara 3 perkara utama yang menjadi kebimbangan ibu bapa iaitu:
- Bagaimana anak-anak mereka dapat terus belajar di rumah
- Keperluan data untuk mengakses pembelajaran dalam talian
- Beban kewangan untuk membeli data, terutama bagi mereka yang berada dalam kumpulan B40
Kesimpulannya, kebanyakan keluarga mempunyai akses yang terhad kepada sumber pembelajaran dan tak semua orang mampu membayar sambungan internet untuk tujuan pembelajaran.
YTL Foundation bekerjasama dengan FrogAsia dan YES melancarkan platform Learn From Home.
Oleh itu, Learn From Home sebagai satu platform pembelajaran alam maya berasaskan web bertujuan untu membantu ibu bapa dengan menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia serta memberikan data percuma, supaya semua pelajar berpeluang untuk belajar dari rumah.
Di samping itu, terdapat juga telefon percuma disediakan kepada keluarga yang tercalon dalam komuniti B40.
Korang boleh baca lebih lanjut di sini.
Usaha ini juga turut mendapat kerjasama daripada Pelangi, Teach for Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat bahan kandungan pembelajaran yang akan membantu ibu bapa membimbing anak-anak mereka belajar dari rumah.
Selepas 4 minggu, satu lagi tinjauan dilakukan & hasil lebih daripada 600 respons mendapati 7 sebab mengapa platform Learn From Home mampu membantu ibu bapa semasa PKP.
1. Ibu bapa tak mempunyai akses yang mencukupi untuk bahan pengajaran dan pembelajaran
Memahami kebimbangan ibu bapa, YTL Foundation, bersama-sama FrogAsia, memulakan pelajaran mingguan dan telah mula membina bank pelajaran dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Fizik, Kimia, dan Biologi.
2. 53% ibu bapa memerlukan pertolongan memahami kurikulum dan sukatan pelajaran kebangsaan.
Fungsi Keberhasilan Pembelajaran dalam FrogSchool dapat membantu ibu bapa memahami dengan baik tentang apa yang perlu dipelajari oleh anak mereka.
3. Ibu bapa kekurangan masa dan sibuk menguruskan hal rumah tangga
Pembelajaran di FrogSchool adalah fleksibel, di mana hanya memerlukan 10 minit (3 sesi) latihan setiap hari. Bagi ibu bapa yang mempunyai masa terluang, boleh pergi ke ‘‘Nak lagi?” dan luangkan masa untuk belajar bersama anak-anak.
4. Anak cepat bosan dan susah nak fokus
Untuk memastikan anak-anak fokus, pembelajaran di FrogSchool dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik yang membolehkan mereka belajar sambil bermain. Bila mereka enjoy, mereka akan lebih ingat apa yang dipelajari.
5. Ibu bapa bukan guru terlatih & sukar nak mengajar anak
Untuk membantu ibu bapa membimbing anak-anak mereka, setiap pembelajaran didatangkan dengan video dan nota untuk membolehkan anak-anak belajar dengan sendiri. Selain itu, terdapat juga kumpulan Learn From Home Facebook, di mana ibu bapa boleh meminta bantuan dan penjelasan daripada guru sebenar.
6. Ibu bapa dan anak berkongsi data internet yang sama. Memang tak cukup!
Sebagai sebahagian daripada platform Learn From Home, ibu bapa boleh memohon untuk kad SIM percuma dengan 40GB data untuk membantu anak-anak belajar dari rumah.
7. Ada keluarga yang tak mempunyai peranti
Untuk membantu keluarga yang tak berkemampuan, guru, NGO, wakil rakyat, pekerja komuniti dan individu yang terlibat diminta untuk mencalonkan keluarga yang memerlukan dari komuniti B40. Keluarga ini akan menerima telefon bimbit percuma serta data pelan supaya anak-anak dapat belajar dari rumah.
Kami di OHBULAN mencuba sendiri platform Learn From Home untuk melihat adakah ia benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kebanyakan ibu bapa..
Ikuti pengalaman Nurzaiti dalam menggunakan platform Learn From Home..
“Sebagai seorang guru dan ibu, platform ini sangat bermanfaat buat saya,” kata Nurzaiti, ibu kepada dua orang anak (9 dan 11 tahun).
“Anak-anak saya berpeluang melakukan kerja sekolah melalui tugasan-tugasan yang dihantar berdasarkan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) yang terdapat dalam platform Learn From Home ini. Sesuai dengan zaman anak-anak kini yang lebih dekat dengan gajet, corak pembelajaran ini sangat menarik dan memudahkan interaksi secara online.”
“Lepas habis belajar satu topik, saya boleh uji minda anak-anak dengan kuiz-kuiz yang disediakan. Hasilnya, mereka tak mudah lupa apa yang mereka pelajari dan berpotensi untuk berfikir dengan lebih cepat.”
“Anak-anak saya juga kini lebih seronok, yakin dan bersemangat untuk belajar apabila video-video menarik berbentuk didik hibur membuatkan mereka lebih fokus dan dapat mengingati apa yang dipelajari dengan lebih mudah.”
“Cabaran dan permainan yang turut ada di sini secara tak langsung, dapat meningkatkan kreativiti dan daya fikir, sekaligus mengurangkan tekanan belajar bagi mereka.”
“Ibu bapa pun dah boleh tarik nafas lega apabila melihat anak dapat belajar sendiri tanpa kawalan yang berterusan daripada mereka,” katanya.
Nurzaiti turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang guru yang menggunakan platform Learn From Home:
“Susah nak bahagikan masa apabila perlu berikan perhatian kepada anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar dari rumah. Tapi, platform Learn From Home ni memang sangat membantu dalam PDP.”
“Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang ada di sini juga merangkumi keseluruhan sukatan pelajaran. Ini memudahkan guru sendiri untuk mendapatkan bahan pembelajaran tanpa perlu membuat bahan pembelajaran sendiri.”
“Terima kasih YTL Foundation kerana membantu pelbagai golongan masyarakat, khususnya ibu bapa dan anak-anak dalam menjadikan proses pembelajaran lebih seronok dan mudah walaupun hanya dari rumah.”
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba Learn From Home dan muat turun aplikasi FrogPlay hari ini!
FrogPlay Mobile boleh didapati di Google Play dan App Store.