berita

Sekolah Tahfiz STAY ATM, Lahirkan Ramai Huffaz & Pelajar Cemerlang Akademik!

May 7th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Berita Harian

Baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) di Kem Perdana Sungai Besi serta turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pelajar dan sumbangan peribadi kepada pihak sekolah bagi pembinaan gazebo.

Untuk pengetahuan korang, STAY ATM ini telah ditubuhkan sejak lapan tahun lalu sebagai komitmen tinggi Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan anggotanya.

STAY ATM menyediakan pengajian tahfiz al-Quran secara formal untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dengan kos pengajian, asrama serta makan minum yang juga ditanggung sepenuhnya oleh ATM tau!

STAY ATM, satu usaha untuk pelihara kebajikan dan pendidikan warga ATM

Kredit: Berita Harian

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, matlamat asas penubuhan STAY ATM adalah untuk memelihara kebajikan dan mendidik anak tentera, veteran ATM serta penjawat awam di bawah kementerian itu, termasuk dalam kalangan anak yatim untuk mengikuti pendidikan berteraskan al-Quran.

“Setakat ini, 85 pelajar lelaki yang menuntut di STAY ATM, termasuk empat daripadanya adalah anak yatim dan semuanya ditanggung oleh ATM dan pengurusan sekolah diuruskan pegawai serta anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT),” tambahnya.

Kredit: Berita Harian

Selain itu, pelbagai penambahbaikan bagi pembangunan sekolah tahfiz itu sedang dirancang termasuk menyediakan pendidikan akademik mulai tahun depan, memandangkan buat masa sekarang hanya pelajar Tingkatan Empat dan Lima yang mengikuti pengajian akademik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Tentera Diraja.

Yang membanggakan, STAY ATM juga telah berjaya melahirkan 76 huffaz al-Quran serta menghasilkan ramai pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan pencapaian akademik yang memberangsangkan.

Kredit: Berita Harian

Persekitaran pengajian yang selesa dengan pelbagai kemudahan disediakan serta dorongan guru-guru di STAY ATM juga antara yang menjadi faktor mudah untuk pelajar-pelajar menghafal al-Quran, dan dalam masa yang sama berjaya dalam akademik.

SKIP THIS AD ×