Sebelum ini,nama pelakon Eyka sudah beberapa kali menjadi tumpuan netizen apabila berkongsi video dan gambar dengan imej seksi dalam media sosial.
Artikel Berkaitan: Pakai Baju Nampak Lurah Dada, Netizen Cakap Eyka Farhana Makin Berani
Seksi adalah subjektif
Ketika ditemui OhBulan!, Eyka berkata sejak dahulu lagi dia berpakaian seperti itu. Kata aktres berumur 27 tahun itu, berkemungkinan orang ramai tidak dapat menerima penampilannya kerana berbeza ketika dia berlakon.
Bila sebut tentang seksi, perkara ini bersifat subjektif sebenarnya. Kalau nak ikutkan, orang dah tahu dari dulu lagi cara pemakaian saya.
Saya memang pakai seluar pendek. Malah ada juga artis lain yang lebih seksi, namun pendapat netizen berbeza pula terhadapnya.
Mungkin sebab kebanyakan pakaian saya ketika berlakon sopan dan tertutup. Jadi bila sesekali saya pakai pakaian terdedah seperti skirt misalnya, penampilan saya menjadi isu bagi netizen.
Jadi netizen sebenarnya sudah terbiasa tengok saya sopan dalam drama, tapi bila di luar begitu (seksi). Pakaian yang saya pakai itu adalah sebagai fesyen.
Seperti yang saya jelaskan, kalau pakaian itu keterlaluan dan tidak sesuai, mungkin saya dah tak pakai dah selepas itu.
Eyka berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media drama One Cent Thief di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini.
Nak jadi diri sendiri
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menyatakan dia sentiasa terbuka menerima teguran baik daripada netizen.
Mungkin saya dah lama sangat dapat komen dari segi positif dan negatif. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya akan ambil yang positif.
Contoh macam cara pemakaian saya, mungkin lama-lama netizen akan terima diri saya sendiri. Kadang-kadang saya rasa tersekat nak buat sesuatu macam orang lain.
Bila lama-lama saya fikir balik, apa kata biar saya jadi diri sendiri. Dulu saya terasa juga bila baca komen tapi sekarang saya tak baca untuk kesihatan mental saya sendiri.
Tapi kalau orang tu DM saya baik-baik nak tengok saya berubah, saya akan balas insya-Allah satu hari nanti.
Sumber: Instagram @eykafarhana