Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kecewa apabila pengurus sebuah syarikat produksi telah mungkir janji dan tidak membayar sejumlah wang kepadanya meskipun penggambaran yang dijayakan olehnya itu sudah selesai sekian lama.
Saya benci gila
Saya benci gila orang mungkir janji. Saya ada buat job sebelum ni. Dah la masa awal tu dia dah failed. Dah sebelum ni kontrak ditukar. Now, mereka fail tak ikut kontrak. Sepatutnya saya dapat gaji lepas 40 hari selesai. Now, saya pula yang kena call. Kami pelakon selalu ada masalah dengan payment iaitu lewat. Saya tak suka orang mungkir janji. Masa nak sign kontrak tu kita dah tahu bila akan dapat payment. Tapi bila lambat bayar, saya pun ada perasaan. Sekurang-kurangnya telefon saya dan bagitahu. Sebab sebelum dapat pelakon korang ampu sayang pelakon tersebut sungguh-sungguh. Tapi bila dah dapat, buat macam ni. Saya ada perasaan dan ada banyak benda lain nak buat dalam hidup.
Menurut Nabila, dia benci orang yang suka memungkiri janji. Tambahnya, semasa menandatangani kontrak untuk berlakon, dia akan membaca semua yang terkandung dalam kontrak tersebut termasuk bahagian pembayaran. Jelas Nabila, dia perlu menerima bayaran selepas 40 hari penggambaran tersebut selesai. Namun, dia dipercayai tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan oleh pihak produksi tersebut. Bahkan, dia sendiri terpaksa menghubungi pihak produksi untuk bertanyakan mengenai gajinya.
Kita fikir masalah orang lain pula
View this post on Instagram
Oleh itu, janganlah janji kalau tak boleh tunaikan. Saya sudah perform 100 peratus all out. Lepas itu bila kita dah nak dapat gaji, kita pula kena fikir masalah kewangan korang. Padahal aku dah masuk set dan sudah perform apa yang korang nak. Ni tiba-tiba kami pula nak kena fikir masalah korang. Sepatutnya pelakon tak perlu tahu apa masalah yang ada. Habis itu tanda tangan kontrak tu untuk apa? Saya tak faham adakah saya yang bodoh pula. Sebagai manusia, saya faham after 40 days and 3 months dapat bayaran. Tapi ni semua senyap ja. Ni aku pula nak kena telefon dan mesej tanya gaji aku. Kenapa saya nak kena buat itu semua? Sebenarnya itu job scope siapa?
Ujar Nabila lagi, dia sudah memberikan 100 peratus komitmen ketika penggambaran tersebut berlangsung. Namun tidak sangka dia terpaksa berfikir mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak produksi tersebut.
Bila nak start kerja selalu happy sahaja tapi bila dah habis jadi macam ni pula. Saya memang akan minta booking fees sebelum berlakon sebab saya pernah hadapi situasi tak jadi ambil berlakon tapi tak diberitahu. Saya sebenarnya geli nak bertekak pasal duit. Tapi itu duit gaji saya. Ni saya nak kena tunggu dapat gaji susah betul.
Saya faham sekarang semua tengah struggle tapi kalau kau rasa tak boleh buat relaks la dulu. Masa sign kontrak amount tu dah kena ada. Bila pelakon sign kontrak itu adalah wang pelakon. Maybe u kena belajar dari penagarah-pengarah dahulu. Saya tak suka ada musuh dan ada orang benci. Saya nak benda ni semua smooth dan happy ja. Benda boleh buat marah apabila kita tungga sahaja dan tak ada apa-apa. Sekarang ni dah tahun 2021 dan semua benda dah advance takkan cara kerja sama macam tahun 1874. Takkan sistem sama ja macam ni?
Nabila turut faham mengenai situasi yang sedang berlaku sekarang. Dia juga berharap pihak produksi pada masa kini dapat belajar dengan pengarah-pengarah zaman dahulu. Nabila turut memberitahu bahawa dia tidak suka bermusuh dengan mana-mana pihak dan berharap isu sebegini dapat diselesaikan.
Sumber: Nabila Huda