berita

‘Sekurangnya Saya & Keluarga Terlepas Daripada Dosa Kerana Sudah Nasihat Nadia’ – Harris Annuar

June 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan pengacara Nadia Annuar menanggalkan tudung ketika ulang tahun kelahiran ke-39 tahun dibantah oleh adik lelaki, aktor Harris Annuar serta ahli keluarga.

Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Ke-39, Nadia Annuar Tampil ‘Free Hair’ – ‘Saya Harap Allah Kurniakan Kekuatan…’

Artikel Berkaitan: ‘Kecam Sepuas Hati, Tolong Jangan Kaitkan Ibu Saya – Nadia Annuar

Dah nasihat

Ketika ditemui OhBulan!, Harris menyatakan mereka sekeluarga sudah dimaklum awal mengenai keputusan Nadia untuk membuka hijab.

Kata Harris, 30, dia dan keluarga sudah menjalankan tanggungjawab dengan menasihati Nadia secara baik.

Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu.

Kami semua tidak bersetuju tetapi terpulang pada diri sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu.

Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya.

Netizen kecam Kak Ton

Bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar kasihan dengan ibunya, Zaiton Hassan atau mesra disapa Kak Ton yang terkena tempias kecaman netizen.

Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live di media sosial. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen.

Lagi pun hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba freehair.

Dalam pada itu, ditanya sama ada memberi kesan terhadap dirinya yang sering mengikuti jemaah tabligh, suami kepada aktres Asha Merican mengamalkan konsep ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.’

Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mungkin Allah nak tunjukkan dia perkara yang lebih baik. Walaupun saya pergi tabligh, tetapi ia tidak memberi kesan.

Kalau ikutkan tujuan tabligh sebenarnya adalah untuk mendekatkan orang dengan Allah. Kalau kita jauhkan dia dari Allah dan tidak menegurnya, jadi masalah juga nanti.

Terdahulu, Nadia mengejutkan para pengikutnya serta rakan artis yang lain selepas mengumumkan untuk tidak lagi bertudung.

Keputusan mengejutkan itu dibuat Nadia bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Jumaat lalu.

Sekadar info, Nadia Annuar juga merupakan kakak kepada pelakon dan model, Haris Annuar serta anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan yang mesra disapa Kak Ton.

SKIP THIS AD ×