berita

‘Selagi Ada, Selagi Itu Dosa Saya Berjalan’ – Suami Tak Restu Adegan Bersentuhan Adira?

January 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Setelah sekian lama menyepi dari industri hiburan tanah air, Adira Suhaimi baru-baru ini telah melancarkan single terbaru iaitu Pujaan Hati. Lagu yang menjadi OST drama, Pujaan Hati Kanda itu mendapat reaksi positif dari para peminat.

Namun, suami Datuk Seri Adnan Abu berang apabila peringatan agar tidak melakukan adegan bersentuhan di dalam klip video tidak diendahkan.

Tak hormat saya sebagai suami

Menerusi mStar Online, suami yang lebih dikenali sebagai Datuk Red memberitahu sebelum penggambaran dia sudah memberi peringatan kepada isteri dan pengurus namun tidak diendahkan.

Saya kecewa dengan babak bersentuhan itu seolah-olah tidak menghormati saya sebagai suami Adira. Sehari sebelum penggambaran saya sudah beri amaran dan saya dapat tahu mereka tetap buat juga. Sebelum pelancaran saya sudah hubungi Adira dna pengurus agar buang babak tersebut.

Tapi mereka tidak layan. Apa mereka rasa benda haram macam tu boleh naikkan Adira semula dalam industri?

Tambah Datuk Red lagi, sebelum pelancaran klip video dia sekali lagi meminta agar adegan tersebut dipotong namun tidak diberi perhatian.

Selagi tak padam, selagi itu dosa berjalan

Di dalam klip video tersebut, Adira dilihat memegang tangan seorang lelaki yang terlantar sakit di hospital. Adegan tersebut mengundang rasa marah Datuk Red dan meminta ianya segera dipadam.

Saya bagi tempoh untuk mereka usahakan tapi sampai sekarang masih lagi tiada apa-apa tindakan. Pihak Nova Music langsung tidak hubungi saya.

Sekarang saya akan usahakan video muzik itu dipadamkan dari Internet kerana selagi ada selagi itu dosa saya berjalan.

Saya sudah dapat balasan dosa-dosa lampau dan sekarang nak jadi manusia lebih baik tapi jadi macam ni pula.

Menurut Datuk Red lagi, dia akan mengambil tindakan tegas dan mencari jalan agar ianya dipadam segera.

Boleh je lapik selimut atau apa-apa

Saya beri kelonggaran tapi ada batasan. Masa penggambaran 99 peratus kru produksi beragama Islam tapi kenapa tidak fikir tentang itu.

Mereka boleh sahaja lapik selimut atau apa-apa. Saya sudah lama tak campur urusan Adira sebab tak mahu orang kata saya yang lebih-lebih, tapi lain pula jadinya.

Adira walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menganggap perkara ini boleh dibincangkan di rumah sahaja.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×