berita

Selain Lee Dong Wook, Ini Sebab Lain Kenapa Korang Kena Tengok Drama ‘Tale Of The Nine-Tailed’

October 17th, 2020 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kalau korang peminat drama korea, mesti korang kenal Lee Dong Wook. Si handsome yang dah cairkan hati ramai wanita menerusi drama-drama popular seperti ‘Goblin ‘dan ‘Touch Your Heart’.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu bilalah Lee Dong Wook bakal buat kemunculan semula kan? Haa, sekaranglah masanya! IQYI kini membawakan Lee Dong Wook kepada semua peminatnya menerusi drama ‘Tale Of The Nine-Tailed’. Bestnya!!

Ini kenapa ‘Tale Of The Nine-Tailed’ adalah drama Korea wajib tonton! Kami jamin, korang mesti puas hati dengan drama terbaru ini.

Ada barisan pelakon hebat!

Selain Lee Dong Wook (sebagai Lee Yeon), drama ini turut menampilkan Jo Bo Ah (sebagai Nam Ji A) dan juga Kim Bum (sebagai Lee Rang). Kim Bum guysss! Yang pernah popular dengan drama ‘Boys Over Flowers’.

Chemistry diantara tiga pelakon utama ni bakal buat korang super excited! Setiap watak mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan dan penuh dengan misteri.

Admin dah tengok episod pertama dan kedua drama ni, baru permulaan cerita pun dah penuh dengan kejutan tau! Buat kita ternanti-nanti apa yang akan terjadi seterusnya. Siapa yang baik dan siapa yang jahat sebenarnya ni? Kalau nak tau, korang kenalah tengok sendiri :)

Jalan cerita lain dari yang lain guys!

Nam Ji A yang bekerja sebagai pengarah produksi untuk sebuah rancangan TV mempunyai misi untuk mendedahkan identiti Lee Yeon yang sebenar. Sebab dia pelik kenapa Lee Yeon ni selepas dah 21 tahun pun masih lagi nampak muda, sama macam mana dia pernah jumpa Lee Yeon ketika kecil dulu.

Apa yang Jo Bo Ah tak tahu sebenarnya Lee Yeon dah pun berusia 1000 tahun dan dia bukanlah manusia biasa. Lee Yeon adalah jelmaan musang ‘Gumiho’ (karakter lagenda popular di Korea). Sementara, Lee Rang pula merupakan adik tiri kepada Lee Yeon. Dalam drama ni, Lee Rang macam bad boy sikit, semua orang dia nak makan!

Menariknya, ‘Tale of the Nine-Tailed’ mengetengahkan banyak watak lagenda yang popular di Korea dengan cara tersendiri. Misalnya, melalui watak Snail Bride dipersembahkan sebagai seorang pemilik restoran hebat yang menghidangkan makanan tradisional Korea.

Bukan tu je, korang juga boleh tengok macam mana penjaga pintu alam barzakh berketerampilan sofistikated struggle nak menggunakan komputer dalam pejabat antiknya yang dikenali sebagai ‘Afterlife Immigration Office’. Haakat sinilah persinggahan terakhir setiap roh sebelum ke alam seterusnya. Cool habis!

Gabungan pengarah dan penulis hebat!

Barisan Pelakon ‘Tale of the Nine-Tailed’ ketika sesi bacaan skrip’. Kredit foto – soompi

Pengarah Kang Shin Hyo dan penulis Han Woo Ri berganding bahu sekali lagi selepas kejayaan drama ‘Children Of A Lesser God’. Kali ini, mereka membawakan sesuatu yang lebih segar untuk tontonan semua.

Biasanya dalam drama-drama lain ‘Gumiho’ diketengahkan sebagai seorang perempuan, namun kali ini mereka tampil berani dengan mempertaruhkan mitos ‘Gumiho’ melalui watak seorang lelaki. Sekaligus, menjadikan drama ni lebih unik dan lain dari yang lain.

Ohh kalau korang tak tahu, Kang Shin Hyo merupakan pengarah untuk karya hebat seperti seperti ‘Midas,’ ‘Tazza’, dan ‘Heirs’.  Semuanya memang karya yang popular tau!

Aspek visual yang mantap!

‘Tale Of The Nine-Tailed’ diperhebatkan dengan sentuhan WYSIWYG Studios yang pernah bertanggungjawab untuk proses CGI bagi filem ‘The Witch’ pada tahun 2018. Tengok cerita ni memang feeling macam layan cerita Hollywood guys, korang boleh tengok macam mana real rupa Lee Dong Wook terbang. Fuhh dahlah handsome, boleh terbang pula lagi!

Sementara tu, pengarah seni mempertahankan diri drama ni Park Joo Chun berjaya mewujudkan banyak scene aksi yang mengujakan! Park Joo Chun juga berhasil membuatkan watak mitos nampak lebih realistik dalam dunia moden supaya lebih mudah untuk dikaitkan dengan situasi semasa.

Haa dah excited ke tu? Jomlah tengok drama ni sekarang!

Korang boleh tengok ‘Tale Of The Nine-Tailed’ secara online di iQIYI! Caranya mudah je, klik dekat sini atau korang muat turun je aplikasi iQIYI dekat sini. Mudah dan cepat!

Kalau korang nak jadi antara yang terawal untuk tengok setiap drama Korea baru memang iQIYI lah tempatnya. iQIYI ada banyak pilihan drama Korea popular untuk korang layan seperti  ’18 again’, ‘My Dangerous Wife’,’Backstreet Rookie‘ dan macam-macam lagilah!

Jom kita sama-sama download iQIYI sekarang juga! Selamat menonton!

×