berita

Selalu Berada Di Rumah Sejak Covid-19, Isteri Opick Hamil Anak Lelaki

April 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, isteri kepada penyanyi lagu ketuhanan, Opick iaitu Bebi Silvina memberitahu bahawa dia sedang hamil anak sulung mereka.

Semoga kami sihat

MasyaAllah Thabarrakallah Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat saya dan bayi dalam rahim ini. Semoga Allah jauhkan kami daripada pelbagai perkara buruk dan merahmati kehidupan kami.

Menerusi laporan Suara Bogor, Opick meluahkan rasa syukur apabila isterinya Bebi sedang hamil anak sulung mereka. Tambahnya, meskipun kerjayanya agak terkesan ekoran pandemik Covid-19, dia gembira sebaik sahaja mengetahui berita kehamilan tersebut.

Alhamdulillah, usia kandungan isteri saya sudah masuk enam bulan. Lelaki, InsyaAllah.

Opick turut memberitahu dia dan isteri sememangnya sedang berusaha untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh pandemik ini. Ini kerana, mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2018.

Duduk di rumah

Ya selama ini pandemik saya dan isteri duduk di rumah sahaja. Bila duduk di rumah, apa lagi yang mahu dibuat. Saya memang berharap mendapat anak lelaki sebagai ganti anak lelaki saya yang telah meninggal dunia.

Opick turut mengumumkan bahawa isterinya sedang hamil anak lelaki. Terdahulu, Opick pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dia sudah memiliki beberapa orang anak dari perkahwinan sebelum ini.

Sumber: Suara Bogor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×