Gara-gara sering membuat video secara sendirian, status pengusaha makanan tradisi India, panipuri, Mayah Rubel Hasan menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Buat Konten Hilang Di Hutan, Michael Ang Berang Pempengaruh Malukan Malaysia – ‘Tolong Buang Diorang Kat Pulau’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Sebak Makan Masakan Terakhir Suami – ‘Dia Masak Pada Hari Dia Meninggal Dunia, Lebih 2 Tahun Saya Bekukan Kari Ni’
Janda ke?
Baru-baru ini, Mayah mencuri perhatian ramai apabila dilihat tenang menjawab soalan hangat daripada individu berkaitan status dirinya.
Selalu buat video sorang je, janda ke?
Persoalan itu muncul apabila Mayah secara konsisten membuat video sendirian tidak ditemani mana-mana lelaki selain tidak berkongsi maklumat peribadi kepada umum.
Mayah yang tidak mengambil hati dengan soalan tersebut hanya membalas dengan kata-kata yang sopan.
Sebaliknya, dia memilih untuk menyanyikan lagu Pantun Janda sambil menikmati pani puri jualannya.
Ni mesti peminat janda kan? Tapi bagi saya makan pani puri dulu baru nanti saya bagitahu.
Video berdurasi selama tujuh minit itu hanya menunjukkan Mayah menjamah makanan dan mempromosikan pani purinya.
Netizen pula yang baran
Reaksi tuan badan berkenaan status dirinya membuatkan netizen kagum malah segelintir daripada mereka merasakan soalan tersebut tidak patut disoalkan.
Sumber: TikTok