berita

Selalu Isi Minyak RM1.50, Hari Ini Isi 60 Sen Ja…

August 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Geehan’s Nurjehan 

Setiap manusia tidak akan lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang, ada yang diuji dengan kesempitan hidup, kehilangan individu yang tersayang dan banyak lagi. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dengan setiap perancangan Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Artikel Berkaitan: ‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’

Isi minyak 64 sen sahaja

Foto: Geehan’s Nurjehan 

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Geehan’s Nurjehan menjadi saksi seorang warga emas yang hanya mengisi minyak dengan harga RM0.60 sen sahaja. Susulan daripada itu, wanita ini meminta suaminya untuk bertanyakan khabar kepada warga emas ini.

Allahuakbar, kami nak isi minyak depan kami pakcik ni. Tengok-tengok dia isi minyak 64sen ja.  Ya Allah…Ya Allah…sebaknya. Cepat-cepat mintak suami turun tanyakan pakcik ni punya khabar.

Mengulas lebih lanjut, warga emas ini menceritakan selalunya dia hanya mengisi minyak sebanyak RM1.50 sahaja bagi menampung keperluan motosikalnya. Apa yang lebih meruntun hati apabila warga emas ini menceritakan dia sedang mencari kerja dan menjelaskan boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pakcik ni kata selalu die isi RM1.50 je. Kalau kita rasa susah ada lagi orang susah daripada kita.  Insaff pada kita 60sen macam tak ada nilai. Tapi untuk pakcik ini sangat bernilai.

Yang paling kami sentap dia kata pakcik doa nak mati je dik. Pakcik nak cari kerja…kerja guard je boleh.

Semoga dimurahkan rezeki!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan supaya dia terus dimurahkan rezeki.

Sumber: Geehan’s Nurjehan

SKIP THIS AD ×