berita

Selalu Minta Cerai Masa Gaduh, Irwansyah Dedah Perangai ‘Sebenar’ Isteri

December 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti melalui asam garam kehidupan berumahtangga. Begitu juga yang dilalui oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar.

‘Oh dia sangat childish’

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Detik Hot, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Pencinta Wanita’ ini membuka mulut dengan mendedahkan sikap ‘sebenar’ isterinya yang dikatakan seperti keanak-anakan itu.

Malah, Zaskia juga dikatakan sering meminta Irwansyah untuk menceraikannya setiap kali apabila mereka bergaduh atau mempunyai masalah rumahtangga. Tetapi nasib baiklah dia tidak memenuhi permintaan isterinya itu.

Oh dia sangat childish! Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh memang bergaduh. Sampai tumbuk dinding. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi. Selalu Zaskia akan cakap dengan saya, dia mahu cerai, mahu cerai.

Bakal timang cahaya mata

Sementara itu, Zaskia tidak menafikan perkara tersebut dan mengakui kadangkala emosi yang membuatkan dia bertindak sedemikian. Tambahnya lagi, kemungkinan juga adalah disebabkan usianya yang muda pada masa itu. Tetapi apabila sudah meningkat dewasa, dia sudah malas mahu bergaduh.

Difahamkan, pasangan merpati dua sejoli ini sudah melayari bahtera perkahwinan hampir 10 tahun dan kini menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Irwansyah juga mengakui Zaskia merupakan seorang wanita yang sangat manja lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilannya ini. Sehinggakan Zaskia seakan tidak boleh ‘berpisah’ dengan dia walaupun dalam tempoh yang singkat. Walaupun begitu, pasangan ini mengakui bahagia dengan kehidupan mereka dan tidak sabar menanti kehadiran si kecil.

Sumber: Detik Hot

SKIP THIS AD ×