berita

Selalu Tayang Kereta Mewah Di IG, Instafamous Ini Jadi Buruan FBI & Akhirnya Ditangkap Sebab…

August 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Akibat sering berkongsi kehidupan mewah di Instagram, seorang ‘instafamous’ yang dikenali sebagai Ramon Olorunwa Abbas atau Ray Hushpuppi ditangkap oleh pihak polis Dubai.

Penangkapan Ray Hushpuppi ini susulan daripada beberapa siri penyiasatan yang dilakukan oleh pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) selama 4 bulan bagi membongkar kekayaan misteri dikecapi individu ini.

Siapa Ray Hushpuppi?

Ray Hushpuppi merupakan seorang warganegara Nigeria yang menetap di Dubai dan berusia 37 tahun. Di Instagram, Ray Hushpuppi memiliki 2.5 juta pengikut. Dia sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah. Hampir setiap hari, Ray akan menunjukkan koleksi kenderaan dan beberapa foto tempat-tempat mewah yang dikunjunginya di serata dunia.

Ray Hushpuppi turut mempunyai jet peribadi, beberapa koleksi jam tangan dan pakaian yang harganya mencecah ribuan dollar. Di samping itu, setiap kali jenama popular mengeluarkan sesuatu produk yang baru, Ray akan membelinya. Malah, dia turut menggelarkan dirinya sebagai “Billionaire Gucci Master”.

Perkongsian Ray di Instagram bukan sahaja mencuri perhatian pengikut di laman sosial, bahkan, menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya. Dia juga memberitahu segala kemewahan yang dimiliki datang daripada hasil perniagaannya tetapi dia tidak pernah memberitahu pada umum mengenai jenis perniagaan yang diusahakannya.

Seorang ‘scammer’

Selama empat bulan merancang strategi, pihak FBI berjaya mengekori dan memantau segala pergerakan Ray Hushpuppi di Instagram. Hasil siasatan pihak FBI, Ray Hushpuppi merupakan seorang “scammer” dalam talian. Ray mempunyai rangkaian pasukan khas yang terdiri daripada 12 orang. Modus operandi Ray dan pasukannya adalah menghantar e-mail palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di United Kingdom.

Dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki, mereka berjaya masuk ke dalam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memindahkan wang yang telah di ‘scam’ itu ke beberapa akaun palsu mereka di beberapa buah negara dan di serata dunia hanya dengan transaksi dalam talian. Hampir berjuta-juta dollar berjaya dipindahkan setiap hari.

Setelah pihak FBI mempunyai bukti yang mencukupi, mereka mula bekerjasama dengan pihak polis Dubai. Kedua-dua pihak tersebut mula merancang untuk menangkap Ray di sebuah kediaman mewahnya di pusat bandar di Dubai. Operasi khas tersebut dinamakan ‘Operation Fox Hunt 2’. Kegiatan jenayah ‘scam’ yang dilakukan Ray Hushpuppi dengan pasukannya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis ketika mereka sedang tidur. Kesemua mereka ditangkap dan dibawa ke balai polis.

Ray dan pasukan ditangkap

Selepas ditangkap, Ray dan pasukannya diserahkan kepada FBI di Amerika Syarikat. Mereka dikenakan pertuduhan menggubah wang haram oleh pendakwa raya persekutuan dan perbicaraan kes tersebut berlangsung di New York, Amerika Syarikat. Semasa perbicaraan, Ray Hushpuppi dan pasukannya didakwa terlibat dalam penipuan dan penggubahan wang haram lebih daripada 100 juta dollar bersamaan RM 419 juta.

Dijatuhkan hukuman penjara

https://www.youtube.com/watch?v=awTtYsZ-Z1Q

Menurut pihak mahkamah, Ray dan pasukannya didakwa atas kesalahan Akta Konspirasi Melibatkan Penggubahan Wang Haram. Mereka dipenjara sehingga 20 tahun atas jenayah yang dilakukan.

Sumber: BBC, Premiumtimesng, Nairametrics.com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×