Nampaknya isu gaji penyampai radio sejak tular kemelut Tyzo dengan sebuah stesen radio swasta masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini di media sosial.
Berikutan daripada itu, OhBulan! sempat menemu bual penyanyi dan penyampai radio Kool 101, Haiza bagi mendapatkan pandangannya berhubung isu tersebut.
Artikel Berkaitan: Tyzo Minta Kenaikan Gaji Tinggi Punca Kontrak Tamat?
Artikel Berkaitan: ‘Siap Unfollow Tyzo, Cuak Sangat Ni..Dasar Fake!’ – DJ Selangor FM
Kadar gaji berbeza
Menurut Haiza, isu gaji ini merupakan perkara yang sangat peribadi dan private & confidential (P&C). Tambahnya, kadar gaji setiap penyampai radio juga berbeza mengikut tahap pengalaman masing masing dan nilai tambah yang boleh dibawa kepada stesen tersebut.
Jadi, Haiza tak boleh nak mengiyakan atau menidakkan pendapat berkenaan sebab ianya adalah hak peribadi masing-masing. Selama bekerja sebagai penyampai radio bermula 2012, belum pernah lagi mencecah puluhan ribu apatah lagi ratusan ribu. Mimpilah agaknya baru dapat.
Disoal mengenai perbezaan penyampai dulu dan sekarang mengikut peredaran zaman, Haiza memberitahu orang dahulu mahu mendengar cara penyampai radio yang lebih serius dan terikat dengan beberapa terma dan syarat.
Berbanding sekarang, contoh seperti Kool101 semasa dan sosial, penyampaian lebih santai tetapi masih fokus dengan memberi info buat pendengar .Kami kena pastikan hanya berita yang sahih bukan dengar cakap-cakap orang. Dalam santai ada juga gelak ketawa yang tak berlebihan. Itu peranan penyampai radio.
Tidak dinafikan,populariti mungkin juga antara faktor seseorang penyampai itu dapat bayaran tinggi. Tetapi kita tak boleh menidakkan kualiti dan kredibiliti sebab ini salah satu elemen penting untuk menjadi penyampai radio yang bagus. Ini hanya pandangan Haiza yang baru setahun jagung.
Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Dag Dig Dug’ ini berkata dia sangat terkejut dan tidak sangka isu gaji penyampai radio menjadi bualan hangat sedangkan gaji semua pekerja tak kira penyampai radio atau tidak adalah P&C.
OhBulan! turut bertanya kepada Haiza mengenai cabaran sebagai penyampai radio yang mungkin masyarakat tidak tahu. Ujar Haiza, mereka bukan sahaja bekerja di dalam konti sebaliknya, perlu melakukan kerja di belakang tabir juga.
Mungkin ada yang sindir penyampai radio ni kerja sekejap je, 4 jam lepastu boleh balik. Sebenarnya kerja kami bukan hanya 4 jam seperti yang anda dengar. Kami terlibat di belakang tabir juga. Editing, bincang dengan producer, planning dan macam-macam lagi.
Haiza dan Muaz kerja “breakfast show” segmen Pagi On Point, pukul 4 pagi kami dah standby untuk siap-siap ke tempat kerja. Satu jam sebelum kena ada di konti, jam 5 pagi. Bermula pukul 6 pagi kita kena bercakap dah, kena make sure kena cergas, suara kena nampak fresh. Bahan yang kita dapat semua kena baca dan buat homework sebelum on air. Untuk kerja-kerja luar, kita kena buat digital content juga sebab kena cepat sebab tagline kita Semasa dan Sosial.
Di akhir temu bual, Haiza meluahkan rasa syukur dengan segala apa yang Allah kurniakan untuknya sepanjang bertugas sebagai penyampai radio.
Moga rezeki terus berpihak kepada saya.
Sekadar info, Haiza dan Muaz mengendalikan segmen ‘Pagi On Point Kool101’ setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 pagi-10 pagi. Jangan lupa dengar okay!