berita

‘Selama Ini Aku Banyak Melengahkan Waktu Solat’- Erma Fatima Kongsi Rasa Sedih Terlepas Penerbangan Ke Makkah

January 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menunaikan umrah menjadi antara salah satu hajat kebanyakan umat Islam di seluruh dunia walaupun ianya bukan satu kewajipan. Seperti pengarah terkenal Erma Fatima, dia memaklumkan bahawa akan menunaikan umrah bersama dua orang puterinya.

Namun apa daya, walaupun persiapan telah dilakukan lebih awal, mereka bertiga terlepas penerbangan tersebut kerana pergi menunaikan solat terlebih dahulu di lapangan terbang.

Kali ni aku siap packing awal

https://www.instagram.com/p/B7p0kyujQdb/

Menurut Erma, pada awalnya staf kaunter yang bertugas memaklumkan bahawa dia masih mempunyai masa untuk menunaikan solat. Namun, selepas selesai bersolat pintu masuk sudah ditutup dan mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat. Tambahnya, dia telah melakukan persiapan ke umrah lebih awal kali ini kerana membawa dua orang anak perempuannya.

Pelakon Mak Cun ini juga memberitahu bahawa kejadian tersebut merupakan pengajaran buat dirinya agar tidak melengah-lengahkan waktu untuk solat. Walaupun sedih, dia reda dengan apa yang telah terjadi.

Alhamdulillah moga ada hikmahnya nanti

https://www.instagram.com/p/B7qNy8Aj6sj/

Sehari selepas memuat naik kisah mereka terlepas penerbangan, Erma memuat naik satu video di mana mereka berada di dalam sebuah kapal terbang. Rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan mereka sekeluarga selamat menunaikan umrah.

Semoga dipermudahkan

Sumber: Erma Fatima

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×