berita

Selamat Bergelar Ibu, Jihan Muse Mahu Berehat Seketika

January 26th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz sudah bergelar ibu dan bapa selepas Jihan selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan. Bayi seberat 3.85 kilogram lahir jam 10.15 malam itu tidak lagi didedahkan wajahnya. Ramai netizen yang tidak sabar untuk melihat bayi pasangan ini.

Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik dan difahamkan Jihan akan berehat selama dua bulan untuk memberikan tumpuan kepada keluarganya.

Rehat dari dunia hiburan

https://www.instagram.com/p/BeYIm13lp76/?taken-by=meletop

BREAKING NEWS! #HiMommyJihan#MeleTOP#BabyKuJi

KENYATAAN MEDIA

Bismillahirahmannirahim.
25 Januari – Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili @jihanmuse dan @ungkuhariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung mereka seberat 3.85kg pada jam 10.15pm sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam

Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat.
Terima kasih.

Netizen gembira

Sumber : Meletop

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×