Korang ada masalah kulit kering? Dah puas cuba pelbagai rangkaian produk penjagaan wajah tapi tak sesuai dengan kulit korang yang sensitif? Why not korang cuba produk terbaru daripada Cetaphil iaitu Cetaphil Optimal Hydration. Confirm tak mengecewakan.
Diformulasi menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, produk Cetaphil Optimal Hydration telah diuji oleh pakar dermatologi dan terbukti mampu membekalkan kelembapan sehingga 48 jam pada kulit selain sesuai digunakan pada kulit sensitif.
Gabungan istimewa Hyaluronic acid & HydroSensitiv™ Complex!
Memiliki reputasi yang baik dalam kalangan pakar kulit diseluruh dunia, produk Cetaphil Optimal Hydration nyata tidak mengecewakan apabila bahan utama yang digunakan adalah hyaluronic acid dan HydroSensitiv™ Complex eksklusif.
Kalau korang nak tahu, HydroSensitiv™ Complex ini merupakan gabungan 3 bahan aktif yang mampu membantu memperbaiki lapisan kulit wajah dan melembapkan wajah sehingga 48 jam.
Tidak hanya melembapkan, rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration juga melindungi kulit daripada masalah iritasi, kulit kering, kesat dan kasar.
Banyak kelebihan & sesuai untuk kulit sensitif!
Ada 3 produk utama dalam rangkaian ini yang wajib korang cuba iaitu Cetaphil Optimal Hydration 48 Hour Activation Serum, Cetaphil Optimal Hydration Refreshing Eye Serum dan Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream.
Jom min kongsikan kebaikan dan kelebihan rangkaian produk ini!
1. Cetaphil Optimal Hydration 48 Hour Activation Serum
Mengandungi Hyaluronic acid, sunflower seed oil, shea oil, Vitamin B5 Pro dan Vitamin E, Cetaphil Optimal Hydration 48 Hour serum Activation ini mampu mengembalikan kelembapan kulit secara mendalam. Tekstur serum ni pun ringan. Cepat menyerap pada kulit. Seronok guna sebab tak melekit langsung.
Mahukan kesan yang lebih optimum? Gunakan serum ni bersama-sama dengan Healthy Glow Daily Cream. Confirm korang tak kecewa.
2. Cetaphil Optimal Hydration Refreshing Eye Serum
Korang yang ada lingkaran gelap bawah mata atau bila bangun pagi ada puffyness bawah mata boleh cuba guna Cetaphil Optimal Hydration Refreshing Eye Serum.
Tinggi dengan kandungan Hyaluronic acid peptides, ektrak jojoba dan alga, Vitamin B5 dan Vitamin E, eye serum ini boleh mengurangkan bengkak dan lingkaran gelap bawah mata.
Nanti mata korang pun akan rasa lebih segar dan fresh especially bila korang sapu dan urut eye serum ni dibawah mata. Selesa. Ada sensasi lembap-lembap gitu.
3. Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream
Dah pakai serum, pakai eye cream pastikan korang seal kebaikan kedua-dua produk tadi dengan Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream.
Mengandungi bahan-bahan seperti HydroSensitiv Complex, Hyaluronic Acid, Niacinamide, Vitamin B5 dan antioksidan serta Vitamin E, krim pelembap wajah ini membantu melembapkan wajah sehingga 48 jam dan dalam masa yang sama mencerahkan wajah dengan penggunaan konsisten. Kulit korang akan rasa lembut, halus dan anjal.
Bebas pewangi, sabun & tak menyumbat pori-pori wajah, ketiga-tiga rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration selamat digunakan walaupun korang ada masalah kulit sensitif.
Hal ini kerana, rangkaian produk ini memang dirumus khusus bagi memenuhi keperluan semua jenis kulit terutama sekali korang yang ada masalah kulit kering dan sensitif dalam satu masa.
Capai kesan optima penggunaan Cetaphil Optimal Hydration dengan rutin ini!
Korang yang berminat nak cuba produk penjagaan wajah daripada rangkaian Cetaphil Optimal Hydration, tolong follow langkah-langkah yang min kongsi, kerana ini adalah langkah terbaik untuk korang dapatkan hasil optimum dengan penggunaan produk mereka.
Langkah 1: Bersihkan wajah korang dari segala kotoran, habuk dan mekap menggunakan Cetaphil Gentle Skin Care.
Langkah 2: Keringkan wajah menggunakan tuala bersih dan aplikasikan Optimal Hydration 48 Hour Activation Serum untuk boost tahap kelembapan kulit korang. Tap perlahan-lahan pada kulit untuk rasa lembap sehingga 48 jam.
Langkah 3: Setelah serum kering dan meresap pada kulit, sapu Cetaphil Optimal Hydration Refreshing Eye Serum pada bawah mata korang dari dalam ke luar selama 30 saat. Ini akan membantu mengurangkan garis halus, kedutan dan puffyness bawah mata.
Langkah 4: sapu merata Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream pada seluruh wajah untuk lock semua kebaikan serum dan eye cream tadi supaya kulit kekal lembap sehingga 48 jam.
Min nak ingatkan, apa pun produk penjagaan wajah yang kita gunakan, kita kena sabar dan jangan sesekali kita skip rutin penjagaan wajah. Kalau boleh, buat setiap hari untuk tempoh masa 2 hingga 3 bulan sebelum kita boleh lihat perubahannya.
Selamat mencuba semua!
Berminat nak dapatkan rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration? Korang Klik>>> SINI<<< untuk beli! Jimat sangat kalau beli sepanjang April ini. Ada 20% diskaun! Letop wei!