berita

Selamat Diijabkabulkan, Ini Foto Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir

September 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pasti ramai peminat tidak sabar menantikan hari bersejarah pelakon cantik manis, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar. Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Julai lalu.

Artikel berkaitan: ‘Saya Beritahu Emak Mahu Berkahwin Dengan Emir, Namun Dia Masih Belum Melamar Saya’ – Mira Filzah

Mira Filzah dan suami selamat diijabkabulkan pada malam 3 September 2020 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Detik bersejarah pasangan itu disaksikan oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan rakan media. Mira mengenakan busana baju kurung Pahang dan majlis bertemakan Mihrab Cinta

Mihrab Cinta

Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dan sah menjadi suami isteri disaksikan lebih kurang 250 tetamu. Pertukaran dulang antara kedua-dua belah pihak ialah 11 dulang bagi pihak perempuan dan 9 dulang bagi pihak lelaki.

Antara hantaran istimewa Mira buat Wan Emir ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’, diukir di belakang jam tersebut.

5 daripada 11 dulang hantaran dari Mira dibuat sendiri oleh nenek Mira yang berusia 81 tahun. Antaranya, kek fondant, tepak sirih, sirih junjung, halwa dan biskut.

Dengan sekali lafaz

Cantik berbusana kurung Pahang

IMG_5825

Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir! Bagi anda yang ingin menonton majlis pernikahan pasangan ini, ikuti secara siaran langsung di laman Youtube TV3 MALAYSIA Official.

SKIP THIS AD ×