Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan hari jadi buat bekas isterinya, iaitu Noor Nabila Mohd Noor menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Cepat Kahwin Baru, Jayden Tak Sabar Nak Jadi Abang’ – Noor Nabila
Selamat hari jadi
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz metiripkan ucapan terima kasih buat Nabila kerana telah menjadi seorang ibu dan pasangan ‘co-parenting’ yang baik sepanjang membesarkan anak mereka iaitu Jebat Jayden.
Selamat hari jadi Noor Nabila, terima kasih menjadi seorang ibu yang terbaik buat Jebat dan sentiasa mengutamakan anak dalam apa juga keadaan.
Terima kasih juga kerana menjadi pasangan ‘co-parenting’ dan sahabat yang baik.
Dalam pada itu, pelakon ‘Polis Evo 3’ juga mendoakan agar bekas isterinya yang juga kakak kepada pelakon Neelofa itu agar memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Saya doakan awak gembira dan bahagia dunia akhirat.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum memilih untuk bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad